Aku Bebas Rokok

Alhamdulillah, target 44 hari aku dah tercapai. Gatal tangan nak buat satu blog untuk mereka-mereka yang dah berenti merokok ataupun yang berniat nak berenti merokok.

Antara yang aku tau dah berhenti ataupun baru berhenti ialah:

  1. Aku
  2. Ijau
  3. Abang Ben
  4. Pakcik Kordi

Mungkin aku dan mereka-mereka ni boleh membuat sessi “luahan perasaan” di blog tu nanti, ataupun bagi tips-tips menahan godaan tu (nak merokok la) terutamanya yang dah lama berhenti macam si Ijau dan Abang Ben.

Bercakap pasal rokok, aku rasa nak tergelak pun ada dengan Pahang:

ARKIB : 27/01/2010  – Utusan Malaysia

Cadangan haram rokok di Pahang akan dikaji semula
KUANTAN 26 Jan. – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan mengkaji semula cadangan penguatkuasaan fatwa pengharaman rokok di negeri ini seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Yang Dipertua Muip, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, satu kajian secara mendalam akan dilaksanakan sebelum menggazetkannya sebagai fatwa yang sah iaitu merokok adalah haram di negeri ini.
“Sebelum menggazet atau mewartakan fatwa seperti ini, kita perlu memberi satu pengajaran kepada perokok iaitu mendedahkan baik buruk kerana terdapat pelbagai implikasi apabila kita mewartakan fatwa ini.
“Sememangnya kita tidak boleh lari daripada hukum iaitu kalau mufti berpendapat ia adalah haram maka kita perlu menerima hakikat tersebut,” titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Insentif Sukan SEA Laos 2009 di Hotel MS Garden di sini hari ini.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan pihak berkuasa agama Islam Pahang memutuskan pengharaman merokok berkuat kuasa 30 Disember lalu berikutan kesannya yang boleh memudaratkan kesihatan.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri pada akhir bulan lalu yang mengeluarkan fatwa pengharaman tabiat merokok di negeri ini.
Menurut Tengku Abdullah, cadangan tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu sebelum boleh digazet dan dikuatkuasakan pengharaman merokok di negeri ini.
“Bagaimanapun, hakikatnya kita tidak ada persoalan tentang hukum yang menyatakan bahawa rokok itu adalah haram tetapi kita akan mencari kaedah sebaik mungkin untuk melaksanakannya apabila fatwa ini digazetkan.
“Pihak mufti keluarkan (fatwa) berdasarkan pandangan jawatankuasa berkenaan tetapi Muip mesti sahkan dan mengkaji daripada tindakan susulan serta kaedah-kaedah untuk melaksanakan fatwa ini,” titah baginda.

Tambah baginda, Muip akan memperhalusi perkara ini sebelum mewartakannya.

Kenapa macam nak melaksanakannya macam ragu-ragu?

Adakah pegawai-pegawai besar di sana semuanya perokok? Nampak gayanya, makin ramai orang akan terkeliru dengan isu fatwa ni. Dah macam main-main pulak aku nampak.

facebook comments:

2 thoughts on “Aku Bebas Rokok

  1. hehe…aku pun da benti nie…azam tahun baru da dekat 3 bln mcm tu..tp kadang2 rasa sangap n busan lak takde rokok.. tambah2 lepas makan or time nak membuang..rasa nak rokok tinggi sikit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge