Aku Abah #5

Hadiah untuk ibu

Ibu dan Muhammad Qayyum

20 April 2012, syukur alhamdulillah, anakku Muhammad Qayyum telah berusia genap 30 hari. Aku akui, isteriku adalah yang paling letih dalam menguruskan anak terutamanya berjaga malam ketika menyusukan Muhammad Qayyum. Aku? Balik kerja, lepas Isyak, sempat layan Muhammad Qayyum dalam sejam dua, itupun kalau dia jaga dan tak tidur.

Aku tak pasti samada susah tekejut waktu tidur ataupun simptom tidur mati itu petanda yang bagus untuk tidur ataupun tidak. Tapi yang pasti, aku faham betapa isteri aku hairan kenapa aku tak sedar anak menangis waktu malam walaupun tidur sebelah dengan aku. Jadi, isterilah yang selalunya akan sentiasa berjaga malam tiap kali menyusukan anak.

Aku hargai pengorbanan isteriku. Sesuatu yang rasanya mustahil aku dapat lakukan walaupun aku telah mencuba. Orang cakap, kalau bom meletup sebelah rumah pun belum tentu aku terjaga. Maafkan abah, bukan abah taknak teman ibu menyusukan Muhammad Qayyum, tapi abah memang tak sedar.

 

Yang benar,

abah

 

 

 

 

 

hehehheheheheheh…

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge