Aku Abah #4

Tok Sungai Puyu

Akhirnya, tali pusat Muhammad Qayyum luruh pada 1 April 2012. Bab-bab ni, aku blur sikit dan biarkan orang-orang yang lebih tua dari aku untuk uruskan. Waktu aku tanya mak mertua aku dulu, bila nak cukur rambut anak, katanya, “kita tunggu luruh pusat dulu.”

Mak Long Bidan cukur rambut

Bila kata biar orang yang lebih tua uruskan, maka pada Ahad, 1 April 2012, aku bertindak sebagai driver F1 spenuh masa untuk mengambil mak bidan, mak aku di Sungai Puyu untuk menyelesaikan semua tugas cukur rambut ni. Seperti biasa, mak bidan akan mintak akar sintok, limau perut dan daun teratai. Seperti yang diketahui, semua tu untuk menyejukkan kepala (aku pernah buat masa rambut panjang dulu, hehehe)

[box type=”info”]

مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى

Ertinya : ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

 

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه”.

ُErtinya : “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )

Diambil dari – Ustaz Zaharudin

[/box]

[box type=”info”]Antara perkara sunnah yang boleh dilakukan ibu bapa apabila mendapat zuriat adalah anak itu

  1. Di azan dan diiqamahkan
  2. Dilakukan aqiqah
  3. Diberi nama yang baik,
  4. Dilakukan (tahniq) atau dibelah mulut dengan benda manis seperti kurma dan dibaca doa dan
  5. Dicukur rambut dan diberi sedekah seberat timbangannya. Ia boleh dengan nilai emas atau perak mengikut kemampuan masing-masing
  6. Dikhatankan
  7. Menindik telinga bagi anak perempuan dan
  8. Diberi penjagaan dan penyusuan sebaik mungkin. Apabila memilih untuk tidak mencukur rambut bayi, ibu bapa tidak mendapat pahala sunat seperti di atas. Sebenarnya mencukur rambut ada banyak kelebihannya seperti dapat menjaga kebersihan, menumbuhkan rambut baru yang lebih baik dan anak lebih selesa apabila kepala tidak terhalang daripada menerima oksigen atau angin.

Diambil dari – Soal Jawab Agama, Fikrah Dr. Salam[/box]

[box type=”info”]Hukum Membuat Kenduri Cukur Rambut

Soalan:

Apakah hukum membuat kenduri “cukur rambut” anak yang baru di lahirkan dan bagaimana cara sebenarnya yang dituntut dalam Islam ?

Jawapan:

Membuat kenduri “gugur rambut” bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan kenduri ini amatlah digalakkan dalam Islam. Caranya ialah :

Pertama: Niat dan tujuan membuat kenduri ialah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan cahayamata.

Kedua: Dicukur kepala anak itu kemudian ditimbang rambut anak itu dan kemudian bersedekah dengan emas atau wang sekadar mana dinilai rambut kanak-kanak tadi.

Sumber – Jabatan Agama Islam Selangor[/box]

Lepas tu, mandi dengan air sintok + limau perut. Wangi la sikit

Dah botak macam abah!

Lepas habis cukur semua, seperti biasa, letak bedak sejuk. Nama pun bedak sejuk, mesti lah nak bagi sejuk kepala. Nasib baik Muhammad Qayyum tak buat perangai sangat masa kena cukur rambut tu.

Letak sapu tangan

Yang ni tak taulah, cuma tips dari mak bidan. Tujuan letak sapu tangan tu cuma taknak bagi baby terasa “kepala tiba-tiba ringan”. Boleh tak tidur dibuatnya. Lepas ni, insya-Allah aqiqah pulak. Nak kena bincang dulu samada nak buat kenduri atau sedekah saja lauk aqiqah.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

One thought on “Aku Abah #4

  1. Pingback: 6 Bulan | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge