Aku Abah #3

Mak Tok bagi mandi

Ambil sampel darah di klinik daerah

Hari ni 26 Mac 2012, jururawat desa (menggantikan bidan kampung secara rasmi) datang lagi berturut-turut untuk memeriksa anakku. Tujuan utama untuk memeriksa samada bayi menghidap “demam kuning” atau terma sebetulnya Jaundis.

[box type=”note” size=”large” style=”rounded”]Jaundis merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi. Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak. Jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan. Paras kepekatan bilirubin yang begitu tinggi dan berada lama di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Justeru ibu bapa perlu peka dengan keadaan bayi kerana kekuningan itu memberi isyarat, bayi perlu mendapat rawatan segera, tanpa mengira apakah puncanya. – Sumber[/box]

Poliklinik Chik

Dikenali sebagai Dresser Chik

Aku dinasihatkan untuk membawa Muhammad Qayyum ke klinik daerah untuk mengesahkan samada dia menghidap Jaundis atau tidak dengan menjalani ujian darah. Kesian pulak aku tengok dia menangis apabila terpaksa diambil sampel 2 kali kerana darah tak keluar.

Keputusannya, bacaan darah menunjukkan 135. Maksudnya ada lah kuning aka Jaundis tu (aku pun mula-mula tak paham).

Aku dinasihatkan oleh mak mertua supaya mendapatkan ubat untuk mengurangkan kesan kuning di Poliklinik Chik. Kiranya, memang otai habis tempat ni. Rata-rata ibu-ibu di sekitar Kepala Batas dan Butterworth tahu tempat ni (malah ramai yang datang untuk ambil ubat kuning tu). Dengar-dengar, satu lagi tempat otai bab-bab kuning aka Jaundis ni terletak di Sungai Petani.

Menurut petugas di Poliklinik Chik ni, bacaan kuning <150 adalah rendah, >150 adalah tinggi dan biasanya bacaan >200 akan ditahan di hospital. Rawatan di hospital adalah dengan mendedahkan bayi di bawah sinar UV. Sebab tu aku ambik ubat awal-awal, kesian pulak memikirkan kalau kuning Muhammad Qayyum tinggi, dia nak kena letak bawaah UV Light tu nanti.

[box type=”alert”]Amaran Klinik: Jangan jemur bayi konon-kononnya untuk merendahkan kuning dan banyakkan susu ibu kepada bayi[/box]

Janji kenyang

Belasah ajalah, janji R3

Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Di Tepi Pantai

Avent Gold - RM46.90

Ya hari ni aku memang sibuk habis. Lepas bawa anak ke klinik, aku berpusing ke klinik lain pulak untuk ambil ubat cuci luka bersalin untuk kegunaan Nurul. Lepas tu terus ke Seberang Jaya untuk survey Bottle Sterilizer dan kemudian nak sign dokumentasi lagi di pejabat lawyer – hal pemilikan rumah.

Makan pun, terpaksa fikir cara paling cepat la. Apa lagi kalau bukan McDonalds. Lepas habis di pejabat lawyer, tekan-tekan duit, tiba-tiba ada extra RM200.00! Alhamdulillah, duit cukai terlebih bayar dah masuk! Yahoo!!!! Tak sia-sia aku isi e-Filing LHDN awal haritu. Laju betul diaorang buat pembayaran balik, rasanya baru 2 minggu aku buat e-Filing haritu. Seriously, PTPTN patut mencontohi LHDN dalam bab-bab sensitif ni – pemulangan lebihan bayaran dan makluman awal. Daripada kes aku dulu, memang aku tawar hati terus dengan PTPTNipu ni.

Daripada duit tu, sempat la aku buat balik plet kegemaran aku, gara-gara plet haritu pecah akibat pi cium bontot Vios. Tapi yang paling tak tahan bila aku duduk dalam kedai buat no plet tu, ada ditulis jenis-jenis plet yang lepas spesifikasi JPJ dan yang menyalahi spesifikasi. Pepatah “Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Di Tepi Pantai” yang tertera dalam kedai tu buat aku gelak besar dengan brader yang dok buat no plet aku tu. Cover plet depan R3 + Kristal Plet + Background Fiber Carbon = RM45.00. Paling murah yang aku pernah survey di Penang, tempat lain rata-rata RM70.00 ke atas untuk plet bahagian depan saja.

Baki duit lebihan cukai tu, aku sambar Avent Gold ni. RM46.90. Bayangkan Avent Classic yang aku beli haritu baru RM76++ untuk 3 botol, botol ni saja dah setengah harga daripada haritu. Apa yang special sangat? Aku taktau, jadi aku beli lah! Dapat jugak la leteran Mrs. Speedrider, tapi jawapan aku senang saja; takpa duit lebih cukai… Hahahaha

 

Jenuh pujuk nak bagi biasa dengan abah

Muhammad Qayyum lebih selesa dengan mak tok dia. Aku bagi minum susu pun kadang-kadang dia nak dan kadang-kadang dia taknak. Pelan-pelan lah kot untuk keserasian. Abah dan ibu sayang Muhammad Qayyum. Nanti anak abah dah besar, abah bawak naik motor, memancing, main gitar, main game, pi masjid sembahyang jemaah sekali.

Harap-harap aku dapat lakukan semua itu, insya-Allah.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

4 thoughts on “Aku Abah #3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge