Aku Abah #2

Mak Tok, lambat lagi ka nak sampai rumah?

Selesai semua proses pendaftaran di JPN Kepala Batas pada pagi Jumaat 23 Mac 2012, isteri dapat keluar wad pada pukul 3 petang. Kos keseluruhan di klinik adalah sebanyak RM1978.00 selama 4 hari 3 malam. Jadi terlebih sikit sebab proses kelahiran menggunakan vakum.

Ramai orang bertanya kenapa klinik swasta? Soalan ni adalah yang paling popular sekali ditujukan pada aku. Kalau diikutkan hati, memang aku pilih hospital kerajaan saja. Murah! Tetapi apabila mengenangkan permintaan isteri, rasa macam tak sampai hati pulak. Sementelah pulak, terus terang isteri aku ni penakut sikit. Momokan cerita-cerita kurang enak di wad bersalin hospital kerajaan ni menjadi makanannya hampir setiap hari. Wad kurang, nurse garang, tak selesa dan macam-macam lagilah menjadi rencah cerita yang sampai di telinga isteri aku ni.

 

Dah sampai! Dapat tidur katil baru

Yang aku tension, orang yang bercerita kelemahan hospital kerajaan ni, rata-rata semuanya bersalin di hospital kerajaan walaupun beranak 3-4! Bila Nurul dengar, dah tentulah dia takut habis. Jadi, pujukan aku untuk dia bersalin di hospital kerajaan gagal secara total. Jadi, satu MoU dibuat antara suami-isteri untuk sama-sama menabung untuk kos bersalin di hospital/klinik swasta, dengan doa dan harapan baby sihat dan tidak melibatkan pembedahan Caesarean. Kami menabung sejak usia kandungan lebih kurang 5 bulan, dengan simpanan sebanyak RM200-300 sebulan. Alhamdulillah, cukup RM3,000.00 pada usia kandungan 37 minggu atau sembilan bulan.

 

Pertama kali buat, memang fail!

Kepada yang dah biasa mengsanitasi botol bayi, janganla gelak. Ya, aku rebus kesemuanya termasuk water flask. Kah kah kah! Ini semua salah manual di kotak Anmum Essential Langkah 1 tu. Dah dia cakap suruh rebus, aku rebus la… Mana aku tau daya ketahanan sesetengah plastik tak sama macam botol susu. Habis mengerekot. Kena beli lain. Hahahahah

 

Muhammad Qayyum, 24 March 2012 lepas mandi

Muhammad Qayyum adalah gandingan dua nama iaitu Muhammad yang merupakan nama nabi terakhir yang membawa maksud Yang Terpuji dan Qayyum yang bermaksud Abadi /Kekal. Qayyum termasuk dalam Asmaul Husna. Pada mulanya Nurul memilih nama Qayyum atau Qawwim manakala aku seboleh-bolehnya hendakkan nama yang pendek seperti nama aku sendiri – satu pangkal.

Dari segi nama-nama di dalam Asmaul Husna, aku sedia maklum bahawa sebaik-baiknya digandingkan dengan Abdul di hadapan yang akan membawa maksud Hamba Allah + (maksud Asmaul Husna), seperti Abdul Rahman, Abdul Qayyum, Abdul Azim dan sebagaimana. Dari segi nama Qayyum sendiri membawa maksud yang berbeza. Qayyum apabila berdiri sendiri membawa maksud abadi/kekal manakala Abdul Qayyum membawa maksud hamba Allah yang berkuasa.

Aku pula tidak terlalu memikirkan keunikan nama anak. Sebaliknya aku lebih memikirkan maksud nama yang baik, tetapi pendek. Setelah beberapa perbincangan, aku mencadangkan agar Muhammad Qayyum dipilih sebagai nama anak kami. Namun aku masih sangsi dan sebelum keputusan penuh menamakan anak diletak, aku telah merujuk beberapa ustaz setempat untuk bertanya samada adakah wajib untuk meletakkan Abdul di hadapan. Ustaz Syed Mahyuddin (Soal Jawab Agama, MutiaraFM) misalnya memberikan cadangan Muhammad Abdul Qayyum digunakan, tetapi aku rasa macam terlalu panjang. Nasihatnya, letaklah Muhammad Qayyum, tetapi biasakan memanggil nama penuh.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

2 thoughts on “Aku Abah #2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge