Aku Abah #1

Borang untuk register surat beranak

Boran JPN.LM01 perlu didapatkan di Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar kelahiran dan nama anak. Memandangkan Nurul bersalin di klinik pakar swasta, borang ini disediakan dan diisi siap-siap oleh jururawat di situ. Namun, aku kongsikan apa yang aku dah lalui untuk rujukan bakal-bakal ayah.

[box type=”tick”]

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

  • Bapa kanak-kanak atau;
  • Ibu kanak-kanak atau;
  • Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau;
  • Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau
  • Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak.

sumber dari JPN

[/box]

Macam aku, aku dah baca notis di klinik tersebut, jadi aku dah bersedia. Barang-barang yang perlu dibawa ke JPN adalah seperti berikut:

[box type=”tick”]

  • Surat Perakuan Perkahwinan (surat perakuan nikah) -original dan  fotostat
  • Borang JPN.LM01 (seperti gambar kat atas) yang telah siap diisi
  • Kad pengenalan suami dan isteri – original dan fotostat, bawa kedua-dua
  • Kad vaksinasi bayi (akan diberikan sebaik kelahiran bayi) – original dan fotostat
  • Kad temujanji bayi – original dan fotostat

[/box]

Pendaftaran kelahiran di JPN adalah PERCUMA dalam masa 14 hari dari tarikh kelahiran. Aku percaya, semua ayah-ayah di luar sana mendapat cuti ehsan untuk kelahiran. Luangkanlah masa anda untuk mendaftar kelahiran anak anda. Untuk Muhammad Qayyum, aku malas menunggu lama, lahir pada 22 Mac 2012, terus aku daftarkan pada 23 Maz 2012. Ini tak menjadi masalah kerana nama Muhammad Qayyum telah difikirkan sejak di dalam kandungan lagi. Jadi, pendaftaran dapat dilakukan dengan cepat dan yang sebtulnya, bab-bab macam ni aku tak suka tangguh. Tapi kalau bab assignment, memang aku suka tangguh sampai tarikh akhir penghantaran. Ha ha ha!

[box type=”alert”]Denda lewat pendaftaran di JPN ialah RM5.00 sekiranya melebihi 14 hari dan kompaun tidak melebihi RM50.00 sekiranya melebihi 42 hari

Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 8, Akta 299]

[/box]

Biasanya, pendaftaran surat beranak ini akan disertakan terus dengan pendaftaran MyKid oleh JPN. Untuk maklumat lanjut tentang MyKid, boleh ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk pertanyaan lanjut. Untuk kawan-kawan yang berada di Sabah/Sarawak, prosedurnya mungkin ada beberapa tambahan. Boleh rujuk di JPN untuk maklumat lanjut.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

2 thoughts on “Aku Abah #1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge