Aizat Amdan – #Legasi (2014)

Aizat Amdan - Legasi

Kali terakhir aku membebel pasal Aizat adalah pada 2012 untuk album Urusan Aizat Amdan. Walaupun aku tak beli album Percubaan Pertama, Urusan Aizat Amdan boleh dikatakan album untuk “easy listeners” mengikut aku la…

Kini, pada 2014 Aizat mengeluarkan album istimewa untuk para peminatnya (atau pembelinya?) Seperti kata Hasrul dalam Tumbok Rusok; bunyi hampir begini “Aku ni tak boleh kalau tulis sambil hisap rokok dan mengutuk”, begitu jugalah dalam entry aku kali ni. Tak ada puji lebih-lebih dan yang pasti bab kutuk tu pasti ada. Ha ha haaa

Entry ni panjang (penuh gambar), dan aku rasa komen yang nak masuk pun pasti tak banyak, tapi aku tak kisah. Kenapa? Last sekali aku akan cerita.

 


Aizat Amdan - Legasi 2 Aizat Amdan - Legasi 3 Aizat Amdan - Legasi 4

Aizat Amdan - Legasi 5

Ini adalah boxset special edition yang dikeluarkan oleh Kasi Gegar Entertainment (company Aizat & Co.) dalam bentuk vinyl (piring hitam) bersaiz 10″ 33T rpm dan dalam kuantiti terhad (numbered vinyls, 222 units). Album ini dilancarkan secara bidaan bermula pada 27 May 2014 yang lalu.

Dari segi parcel packaging, aku salute! Aku bukan orang ada-ada nak collect in-person dengan Aizat, jadi aku amik option untuk post ajelah. (Yelah, kalau tengok yang collect sendiri dengan Aizat, bukan calang-calang individu, aku ni pendengar picisan aja).

 


Aizat Amdan - Legasi 6 Aizat Amdan - Legasi 9
Aizat Amdan - Legasi 12Aizat Amdan - Legasi 16 Aizat Amdan - Legasi 17 Aizat Amdan - Legasi 18 Aizat Amdan - Legasi 19 Aizat Amdan - Legasi 20 Aizat Amdan - Legasi 21 Aizat Amdan - Legasi 22 Aizat Amdan - Legasi 23 Aizat Amdan - Legasi 24Aizat Amdan - Legasi 26 Aizat Amdan - Legasi 27 Aizat Amdan - Legasi 28 Aizat Amdan - Legasi 29 Aizat Amdan - Legasi 30

Aizat Amdan - Legasi 31

Spam gambar!

Aku letakkan semua gambar isi dalam boxset tu untuk tatapan umum. Kenapa? Sebab yang ni adalah keluaran 222 unit. Apa-apapun, cuma 222 uit ni saja yang ada (takleh kata 222 pemilik sebab ada buyer yang beli lebih dari satu set). Bagi peluang kepada yang tak beli untuk tengok apa isinya.

Buka boxset, berikut adalah susuannya:

  • tracing paper
  • vinyl with sleeve
  • tracing paper
  • buku lirik
  • MP3 card

Ya, KGE ada bekalkan satu USB berbentuk kad yang mengandungi 5 track lagu seperti dalam piring hitam tersebut. Ini membolehkan die-hard-fan Aizat yang langsung tak ada turntable untuk mendengar lagu-lagu dalam rekod tersebut tanpa perlu jadi pendengar piring hitam ataupun hipster sejati yang mendengar piring hitam (#sarcasm).

 

Aizat Amdan - Legasi 10

Aizat Amdan - Legasi 13

Aizat Amdan - Legasi 15

Track List Side A:

  1. Baru – Aizat
  2. Dwihati – Aizat feat. Yuna
  3. We”ll Be Happy – Aizat feat Zee Avi

Track List Side B:

  1. In Love With You – Aizat Feat Noh Salleh (Hujan)
  2. Catwalk Ke Balai – Aizat feat Lan (& The Typewriter, ex Meet Uncle Hussein)

Lagu pop dan pop rock semuanya segar-segar belaka. Dan aku sebagai poser rock yang unggul, aku suka lagu Dwihati di mana Aizat menyanyikannya bersama Yuna. Aku berpendapat sama dengan kawan yang sorang lagi (juga pemilik Legasi) iaitu peminat lagu punk tegar tetapi sejak tua-tua sikit ni turut sama minat dengar lagu slow. Kah kah kah!

Well, Yuna’s voice is too classic in this album and she should release her masterpiece songs on Vinyl. kalau Vee Avi boleh relase album dia dalam bentuk LP/Records/Vinyl/Piring Hitam, why not Yuna. WHY NOT kan?

 

Aizat Amdan - Legasi 14

In Love With You juga sangat fresh, agak-agak dengan lagu ni boleh rewind kita dengan influence apa, The Beatles? Aku bukan jurinya, it’s you.

 

 

Pelancaran Album Legasi

Ok, masuk bab mengutuk (hahahhaha tapi harapnya membina!)

Dalam banyak-banyak komuniti vinyl kat Malaysia ni, aku setakat ni suka dengan Vinyl Passion. Masa Aizat bagi announcement dan ada yang tanya pendapat dalam group, aku rasa mungkin Aizat sendiri akan rasa down sebab banyak yang bangkang cara Aizat memasarkan album ini dengan cara bidaan. Ramai berpendapat yang Aizat sepatutnya “stick terus dengan one price” walaupun mahal. Ini pendapat bakal pembeli rata-ratanya. Yang bangkang pun, aku ler salah satunya. (kah kah kah)

Quote dari Vinyl Passion antaranya:

  • “Seni bukan untuk wang, tapi untuk masyarakat (art isn’t about money but for the society).” hahaha its a joke, jual aje RM150 – kenapa nak kena bid… RM150 is Okay sebab cost of pressing 10″ sama dgn 12″ dan artwork mesti kena bayar. tapi nak bid bid ni. bila you expect the price akan boom tinggi… so now… the art forsake of Money lah… – Basement Records
  • “apa saja artis Malaysia keluar vinyl.. aku mesti support.” – Sezali Zakaria
  • “Hopefully what aizat doing will be followed by others lah. Meriah sikit if lokal artist start pressing lp. Tapi part bid2 tu tamaulah jual je harga yg berpatutan. Pasti I beli hahaha” – Elly Rocker
  • “Kurang berminat dgm process bid nie. Just want aizat and friends to know 24 reasons jual 7inch Rm20” – Zulkiflye Osman

Dalam group turut mempertikaikan cara Aizat memegang piring hitam tersebut (gambar Kosmo di atas). Marketing wise, not good for old timer yang dah lama main piring hitam. Aku? Aku ni poser aja. Hahahaha.

Tapi, aku suka cara kawan aku cakap. “Kalau kita tak support Aizat, siapa lagi bro”. Yes, aku suka jawapan ni dan aku pun terjerumus sekali dan kembali menjilat ludah-ludah aku dahulu. Ha ha ha….

 

Aizat Amdan - Legasi 11

Ni exact copy yang aku dapat. KGE team perlu berhati-hati ketika proses packaging. Limited run units, kena jaga elok-elok, kalau boleh jangan bagi calar sikit pun. Sakit mata wo…. Finger prints on vinyl pun kena jaga (nasib baik aku tak kena). Sebab tu cara pegang piring hitam tu kena “handle with care”.

Yang lain-lain tak ada apa, kutuk aku ni, rasanya kutuk yang membina untuk Aizat dan KGE team improve dalam penghasilan yang akan datang. Kami akan menunggunya!

 

Aizat Amdan - Legasi Piring Hitam Aizat Amdan - Legasi 7

Sebagai pemilik #083/222 tak ada yang fancy sangat seperti #001, #222, #111 ataupun #057. Tapi #083 ni merupakan tahun aku lahir, dan LEGASI ni nanti memang nak bagi kat anak simpan.

 

Aizat Amdan - Legasi 25

Quote ni cukup tak kena bila terfikir pasal harga dan proses bid tu! Tapi, ini adalah satu buah tangan yang amat menarik dari Aizat Amdan. Setakat artikel ini ditulis, ada beberapa unit lagi yang belum terjual dan out for grabs.

Aku kutuk bukan untuk menjatuhkan, tapi agar ada ruang untuk improvement pada next project. Mungkin yang dapat free album ini akan puji melangit tinggi, tapi oleh kerana aku beli, memang bersembur jugak la apa yang aku nak luah.

Thank you Aizat for this masterpiece!

facebook comments:

One thought on “Aizat Amdan – #Legasi (2014)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge