Ada Apa Dengan Ganu?

Nananananana ganu kitee....

Aku nak jelajah Terengganu, insya-Allah dari 30 Julai 2010 sampailah 3 Ogos 2010. Plan-Plan tu group convoy untuk jelajah Terengganu nih.

Terengganu merupakan antara negeri yang aku tak jemu pergi sejak dulu. Mungkin sebab dulu masa memula masuk kerja, Terengganu merupakan tempat yang aku dah pernah kena brainwash. Untuk cadangan trip kali ni, cuti semua dah aku amik. Rupanya, cuti aku baru pakai 2 hari saja tahun ni. Yang lain-lain tu semua MC; memang tahun tak sihat betul la untuk aku pada tahun ni. Tahun tak sihat dan tahun cari penyakit. Hahahaha~

Mungkin cuma ada 6 peserta konvoi untuk trip kali ni, dengan motor aku yang paling kecik dalam semua. Tak kisahlah, janji semua dapat tunggu aku untuk isi minyak. Rasa teruja jugak nak bercuti dengan Terengganu neh dengan kawan-kawan. Last sekali aku bercuti ke Terengganu kalau tak silap tahun 2004 kot. Aku pun tak berapa ingat, samada 2004 atau 2006. Tidur kat rumah member dekat area Baru 6, kena tahan polis pukul 2 pagi dekat Ganu, dan macam-macam lagilah.

Memandangkan trip kali ni dengan motor, rod memancing terpaksa aku letak tepi. Dah berapa kali punya trip aku tak dapat memancing kat Terengganu. Kawan-kawan aku yang di Terengganu semuanya dah kahwin. Tak naklah aku menyusahkan diaorang, semuanya dah berkeluarga dan beranak pinak. Tinggal aku seorang saja yang masih bujang, rock dan gila.

Menurut micro-site encik Paiseh iaitu Dari Alor Teratai Ke Geliga, aku tak paham sepatah haram pun… Hahahaha… Jadi, nak minta bantuan semua pengunjung yang arif tentang Terengganu ni, terutamanya daripada Paiseh Dan Cik Aima sendiri tentang apa-yang menarik tentang Terengganu ni, dengan syarat… save budget.

Antara kriteria-kriteria yang convoy group kami nak pergi ialah:

  1. Tempat makan best
  2. Tempat riadah best, dengan syarat nampak motor
  3. Tempat lepak best
  4. Tempat tidur yang murah dan best
  5. Tempat makan yang sedap
  6. Tempat makan yang power
  7. Tempat makan yang murah

Alamak, pasal makan tu terlebey sudah…..

Harap tolong list beb, dekat area komen tu.

P/S: Aku dengar ada satu kedai kepok yang jual ikan dekat area Kemaman tu best gila. Tapi aku tatau tempat.

facebook comments:

3 thoughts on “Ada Apa Dengan Ganu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge