Abu Nasi Kandar

Muka depan gerai

Abu Nasi Kandar merupakan salah satu ‘permata’ nasi kandar yang low profile dan tak ramai orang tahu. Aku sendiri misalnya, sebelum ni cuma dengar-dengar saja pasal kedai ni, sampailah Ijau dengan entry, Penang, The Wasted Years dan sessi mengenang kembali perjalanan beliau di Penang membuatkan aku rasa tak lengkap perjalanan aku sebagai anak jati Penang kalau aku tak datang try kat kedai ni.

Abu letak nasi. Pilih, nak nasi apa

Abu Nasi Kandar ni jangan disalah ertikan dengan Aboo Nasi Kandar. Mereka adalah 2 entiti yang berbeza dengan rasa lauk yang berbeza, lokasi geografi yang berbeza dan waktu perniagaan yang berbeza. Di sini, Abu Nasi Kandar menawarkan 2 jenis nasi iaitu nasi putih dan nasi tomato.


View Abu Nasi Kandar in a larger map

Kedudukan Abu Nasi Kandar adalah di Jalan Sungai Dua, Penang (owh, kami orang Penang, bla sebut “Penang” bermaksud bahagian pulau). Ini adalah kerana, di bahagian tanah besar pun ada tempat bernama Sungai Dua jugak. Bersebelahan USM, gerai ini terletak di dalam Bali-Bali Cafe 77, sebuah restoran Cina. Satu lokasi kedai nasi kandar yang klasik di Pulau Pinang (dan Ipoh). Antara kedai Nasi Kandar yang berkongsi kedudukan dengan kedai kopi cina adalah Nasi Kandar Kampung Melayu (kini dah diambil alih sepenuhnya bahagian minuman oleh tokey nasi), Nasi Ganja Ipoh aka Vanggey (Perak) dan lain-lain. Cuma satu ajalah, makan kat sini mungkin tak berapa selesa sebab restoran Bali-Bali 77 ni menyediakan hidangan yang tidak halal untuk muslim.

Letak lauk sendiri tau

Bab ni, Ijau tak cerita dan aku nak cerita. Di Abu Nasi Kandar, lauk korang kena letak sendiri. Untuk mereka yang biasa makan nasi kandar di KL, mungkin ini biasa. Tapi sebenarnya di Penang, janggal gila bila nasi kandar kena letak sendiri. Aku pun terasa macam tengah layan Nasi Campur kedai Melayu bila buat macam ni. Hahahahahha.

Opps!!!! Terlebih sudahhh...

Bila kena letak lauk sendiri… Perghhhhhh Me Gusta Muchos!!!!! Hahahahhaha. Serius, tahap ketagihan aku pada aras kebanjiran gulai sememangnya tak dapat dinafikan. Walaupun gulai nasi kandar tidak menggunakan santan, aku rasa aku patut kurangkan tabiat aku yang kurang bagus ni (dan menggelikan tekak isteri aku).. Kadang-kadang nasi dah nak macam moi sup pulak.. Hohohohoh.. (baru power dan terangkat beb!)

Arip amik sotong dan apa ntah

**Nasi Tomato, ayam goreng, kambing (kecil), ubi, telur masin = RM7.00

Price wise, pinggan aku yang kebanjiran tu berharga RM7.00. Murah kan? Sebab aku ada amik kambing jugak. Memang murah atau sebab aku ada mention nama Ijau bagi Abu syokkkk sikit? Hahahha.. Masa aku mention kat Abu, dia macam blur. Dia tanya aku yang mana satu, aku cakap “Yang chubby-chubby sikit, pakai spek, orang Sarawak, kerja Jabatan Kimia, dulu student USM”, lepas tu abu cakap.. “Oooooo yang gemuk-gemuk sikit tu ka, kalau dia mai Penang tu dia ada mai sini jugak”. Ok ijau, aku kata chubby, Abu yang cakap gemuk. Hahahhaah, dia pun lupa nama hang Razali, cuma dia ingat bila aku mention Sarawak dan Jabatan Kimia. Sebab itukah aku dapat murah? Kalau tempat lain, lauk aku ni mau mencecah RM10.00 ni. Hahahahah

Apa-apapun, seperti kata Ijau, tempat ni aku kategorikan sebagai POWER jugak lah. Cuma kedudukan kedai dan waktu perniagaan tu yang buat aku susah sikit nak jadi customer tetap. Kalau nak mencuba, silakan, tapi pergi awal sikit dalam pukul 6.00-7.00 petang, kedai baru bukak. Masa aku pi tu pun dah pukul 9.00 malam, lauk dah nak abis.

 

P/S: Semua gambar kecuali yang last bertanda ** ditangkap menggunakan Samsung Galaxy Note milik saudara Arif Juwaini

facebook comments:

9 thoughts on “Abu Nasi Kandar

  1. Pingback: Kursus Intensif Ke-3 | Speedrider Networks

  2. Pingback: Sibuk Melampau | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge