7-PC Ball Point Hex Key Wrench Set – Allen Key

Panjang betul namanya, padahal masa nak beli aku cuma sebut Allen Key punya set saja pun. Sebenarnya dulu aku dah ada set biasa, tetapi dah hilang sebab aku letak dalam bonet kereta. Kereta hilang, set allen key aku pun hilang.

 

Kali ni, aku beli yang elok sikit daripada set yang aku beli dulu. Bezanya cuma set ni ada ball point. Kegunaan ball point pada allen key ni adalah ianya boleh digunakan pada sudut 25 darjah.

Trivia: Some hex keys have a ball on one end, which allows the tool to be used at an angle off-axis to the screw. This type of hex key was invented in 1964 by the Bondhus Corporation and is now manufactured by several other companies. – wikipedia

 

Mengikut carta saiz yang aku lampirkan di atas, sebenarnya sebelum ni aku pun tak pernah ambil tahu perbezaan saiz skru. Sekarang  baru aku tahu, rupanya  ada ‘genre’ saiz skru apabila diletakkan sebelah menyebelah.

Contohnya; untuk saiz Allen Key (hex keys) bersaiz 5, ia adalah untuk saiz skru 10 (atau lebih tepat sekali; M10 Socket  Set  Screw). Pening kan? Aku tahu, sekarang kamu pun tahu!

Sebenarnya saiz 5 ni yang paling banyak digunakan dalam motorsikal, jadi aku kena ada set ni untuk buka dan pasang beberapa bahagian tertentu dalam motor aku. (asalnya skru, aku tukar kepada hex screw untuk tujuan keselamatan)

 

Apa perbezaan antara Chrome Vanadium (seperti aku beli ni) dan Chrome Nickel (kilat)?

Chrome vanadium would usually have better wear resistance and tensile strength. Chrome nickel steels usually are used where a bit of elasticity is required, but it all depends on carbon content, heat treatments and other variables. Materials are quite complex due to these manufacturing treatments that they can be subjected to, which to some extent, depends on other factors such as the carbon content. – Wiki Answer

 

Snap-On Wrench Chrome Nickel plated

Dari bahasa mudah, chrome vanadium ni lebih liat dan kukuh, manakala chrome nickel ni, rapuh sikit. Dari segi cun atau tak, chrome vanadium ni hodoh sikit sebab nampak sebam dan chrome nickel ni nampak cun sebab ia berkilat macam cermin. Kalau biasa tengok American Choppers, mesti biasa nampak Wrench Set (spanar) diaorang yang kilat-kilat tu kan? Yang brand Snap-On, memang cun habis. Kalau rasa nak hadiahkan aku satu set spanar Snap-On, terima kasih!

Dari segi pegang, memang kita takkan tahu yang mana lebih kuat. Tapi bila  dah pakai, biasanya dalam keadaan-keadaan tertentu, aku akan pasang extender pada allen key (ia tidak disyorkan) dan biasanya akan berakhir dengan kejadian tools patah disebabkan daya tekanan berlebihan yang telah dikenakan ke atasnya.

Jadi, aku pun beli ajalah Allen Key Made In Taiwan berjenama Shaisho sebab yang tu ajalah aku mampu beli.

facebook comments:

One thought on “7-PC Ball Point Hex Key Wrench Set – Allen Key

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge