6 Ramadhan 1432H

What patience means to you?

Hari ke-enam puasa, aku tinggalkan Nurul di rumah mak mertua dan aku pulang ke rumah menjenguk mak. Terus terang, dah sebulan aku kerjakan projek aku untuk mengecat coverset Cik Suzie. Terus terang, aku dan Duan dah hampir-hampir mengalah. Bayangkan kalau tempat yang sama, memerlukan 8 kali proses ‘sanding’ (bahasa orang putih tu, bukan bersanding) atau dalam bahasa Melayunya, tonyoh kertas pasir.

Aku dah plan untuk habiskan projek ni sebelum bulan puasa, tapi nampaknya nasib tak menyebelahi aku. Kemarin, aku baru dapatkan part terakhir yang telah di’lacquer’kan dan dipasang kepada motosikal.

P/S: nampak pelik kan kalau sesetengah terma English nak dimelayukan. Rasa macam susah pulak, last-last terus jadi rojak punya ayat.

Bersambung, maka kelmarin aku baru lengkapkan coverset yang telah dicat pada Cik Suzie. Selesai dah satu benda, walaupun terpaksa menahan sabar dan kos mengecat dah menjadi sekali ganda akibat masalah yang dihadapi ketika proses mengecat, alhamdulillah, aku puas hati. Sekarang, masa untuk buat design pulak!

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

facebook comments:

2 thoughts on “6 Ramadhan 1432H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge