6 Bulan

Nurul mula memberi makanan berasaskan bubur 2-3 hari sebelum dia masuk ke usia 6 bulan. Dimulakan dengan Nestum dan kemudiannya macam-macam jenis bubur yang dicampur dengan lobak dan kalau tak silap aku ada yang dibuat dengan kentang. Aku tak ingat, mungkin kentang sebab aku rasa macam kentang (alamak, kantoi…)

Muhammad Qayyum mula berguling ke sana ke sini, kalau atas katil, walaupun telah diletak bantal kecik sebagai penghadang, silap2 esok pagi dia dah tidur di hujung kaki. Tapi dia masih belum boleh menyulur  apatah lagi merangkak. Kalau nak bergolek dan berpusing, mungkin boleh bagi pingat perak (pingat emas untuk hyperactive).

Rambut – Rasanya ini kali ke-empat kami dah gunting. Pertama waktu seminggu; bercukur. Kedua waktu usia 3 bulan, ketiga waktu 5 bulan sebelum raya dan ini kali ke-empat. Cuma kali ni kami request agar mamak kedai gunting (ya kami ke kedai sebab  tak konfiden nak buat sendiri) agar simpan sikit di bahagian depan. Dah nampak ala-ala budak siam, sekali sekala nampak macam anak Cina. Hehehe.

Muhammad  Qayyum dah pandai mencebik sedih apabila dimarah dan menyorok di waktu malam sebelum tidur apabila diusik dengan bunyi kucing “nyenyau”. Apabila masuk ke usia 6 bulan, aku perasan, baru Muhammad Qayyum hendak ke dukungan aku apabila disua tangan, sebelum ni taknak langsung; satu moment yang aku rasa sangat priceless.

22 September 2012, Muhammad Qayyum dah berinjak usia ke 6 bulan. Syukur alhamdulillah aku bersyukur padaMu ya-Allah kerana telah memberi peluang untuk aku melihat anak kami membesar.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge