5 Bulan

Muhammad Qayyum dah menginjak ke usia 5 bulan. Dalam 5 bulan ni, banyak benda yang telah dilalui. Namun sebagai seorang suami dan abah, aku sama sekali tidak menjangka Muhammad Qayyum telah terlibat sama dalam peristiwa carjack, sesuatu yang aku sendiri tidak mahu.

 

Setelah hampir sebulan selepas dia boleh meniarap,  Muhammad Qayyum sekarang sudah boleh bergolek-golek pada 27 Ogos 2012. Pada sessi gambar ini diambil, dia cuma boleh meniarap seperti biasa. Bergolek, sehari selepas tu….. Dengan kelajuan yang tak dapat dijangka. Sekejap ada sini, sekejap ada sana.

Jenuh jugak nak mengawal kalau dah start letak dia kat bawah lantai atau playing mat tu.

 

Kejadian samun kereta pada sehari sebelum hari raya tu telah mebuatkan aku sedar, betapa pentingnya 2 insan di atas dalam hidup aku. Terus terang, sekarang aku terasa sedikit fobia apabila berjauhan dari mereka berdua walaupun aku sedang bekerja. Aku rasa seperti ada perasaan tidak selamat di situ, takut. Moga Allah dapat menguatkan semangat kami dan melindungi kami sekeluarga daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

2 thoughts on “5 Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge