#4sq Check-In Anniversary

Harini Adalah Hari Ulang Tahun Aku & #4sq

Setahun yang lepas, aku dah mulakan hidup aku dengan mesin Android yang paling murah di pasaran iaitu Samsung T-I5503  atau lebih dikenali sebagai Samsung Galaxy5.

Semenjak aku kenal smartphone ni, serius, aku mula ketagih dengan Facebook dan Foursquare. Ye lah, dulu semuanya kena on laptop, tapi lepas ada G5 + Digi Prepaid yang RM2.00 sehari tu, semuanya hanya touchscreen di hujung jari. Tu yang jadi ketagih, asyik-asyik belek henpon walaupun tengah ada kat site. Kalau asyik bukak laptop, memang mengganggu kerja, tapi bila hanya on kat henpon, sambil kerja sambil belek, sambil kerja sambil belek. Hahahahaha…

Foursquare di Malaysia ni boleh dikatakan masih baru dan banyak syarikat yang belum menggunakannya secara maksimum dari segi pemasaran.

Kenapa aku kata begitu?

Kalau dibandingkan dengan negara luar terutamanya US dan Europe, banyak syarikat memaksimumkan Foursquare dari segi taktik/teknik pemasaran – Foursquare Specials!

Dengan bermacam-macam strategi seperti:

  1. Beberapa kali check in akan dapat diskaun
  2. Kali ke berapa check in akan dapat diskaun/free gift
  3. Mayor Specials – mungkin dapat free drinks
  4. Dan lain-lain promosi

Maka sememangnya Foursquare boleh dikatakan satu hype untuk market di rantau sana. Malangnya, syarikat-syarikat di Malaysia tidak menggunakan sepenuhnya Foursquare untuk menarik lebih ramai pelanggan. Bayangkan sekiranya setiap Mini Market, Supermarket, Hypermarket, Butik dan segala-galanya menggunakan Foursquare untuk menarik lebih ramai pelanggan? Jenuh check-in!!!

Venue Pelik-Pelik!

Malang sekali apabila pengguna #4sq Malaysia sendiri mencipta venue yang pelik-pelik dan sengal, contohnya Pusat Pelacuran Puchong dan Pondok Hantu Kak Limah. Sememangnya benda ni agak ringan kerana tujuannya pun adalah untuk berhibur. Tapi, katalah pen’foursquare’ tegar seperti aku (DBP kena fikir ayat untuk pen-foursquare, Pemain Foursquare?) yang secara minimum check-in 10 tempat sehari? Kan list check-in naik yang pelik-pelik dan tidak tepat. Dahla aku sync Foursquare check-ins ke dalam Facebook dan Twitter, jenuh aku kena maki dan kena perli kat Facebook/Twitter. Tapi….. apa guna fungsi integrate kalau tak pakai kan? Lagipun setiap check-in boleh digunakan sebagai status.

Dulu, semua orang bising kalau update status Facebook terlalu kerap, kenapa tak pakai Twitter? Alo kawan, tau tak semua tweet boleh integrate masuk ke dalam Facebook samada menggunakan Fb plugin ataupun yang paling senang dan famous, pakai TweetDeck? If you hate it, please blame on the developer. Hahahahahha, aku memang suka semakkan wall Fb aku dengan status dari Twitter dan Foursquare. Again, if you hate it, blame it on apps developer and technology, enough said.

Tapi secara serius, kegilaan aku dok check-in sana sini ni memang merimaskan wife aku. Katanya tangan aku tak lekang dengan henpon. Ermmmm, sayang, nanti abang tunggu programmer buat satu program yang boleh update status dan check-in tanpa perlu pegang henpon… Boleh?

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge