4 Ramadhan 1432H

Tiada Satu Pun Lauk Yang...

Nurul telefon aku pada tengah hari dengan nada yang mengharap. Ya, dia mintak aku bawa balik bihun sup daging. Alhamdulillah, mau makan juga dia. Alah yang teruk dalam seminggu ni sememangnya buat aku berasa simpati dengannya. Nampaknya, bukan senang kalau mengandung. Kalau la lelaki boleh mengandung, aku dah pasti kurus sebab asyik muntah.

Tapi Nurul lain, dengan underweight, keadaannya yang alah dan keadaan ‘morning sickness’ yang teruk membuatkan aku berasa risau. Dah habis ikhtiar suruh dia makan, tapi apa yang masuk, itulah yang akan keluar. Sewaktu berbuka, nampaknya bihun yang dipesan pun keluar habis….

Aku harap, Koko Krunch yang dibeli petang tadi boleh dimakan sahur nanti oleh Nurul. Kalau tak, aku yang makan…… Alamak, sebenarnya hari ni, banyak snap yang aku ambil, tapi tak tahu mana satu yang nak letak dalam entry #4 Diari Ramadhan ni. Dalam banyak-banyak gambar, gambar atas lah yang dipilih memandangkan hidangan melambangkan keluarga.

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

5 thoughts on “4 Ramadhan 1432H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge