4 Bulan

Begitu cepat masa berlalu, anak kami, Muhammad Qayyum sudah berinjak usia ke 4 bulan. Responnya sekarang bagus, dapat berinteraksi dengan baik sekali walaupun hanya gelak mengekek ataupun bahasa bayi yang aku sendiri tak faham.

Ketika usianya menginjak hampir-hampir 4 bulan, iaitu pada 13 Julai 2012 dia sudah boleh meniarap sendiri. Hari ini, otot lehernya makin bagus, dapat ‘panggung’ (angkat) kepalanya lebih lama daripada mula-mula dulu, tapi masih cepat letih. Jadi pengawasan sewaktu dia sedang meniarap itu perlu, takut dia lemas ataupun memberi satu tangisan panjang tanpa henti.

Susuan waktu makan (minum susu la) pun dah tak menentu. Kami masih mengekalkan susu Anmum, diselang-selikan dengan susu badan. Cuma, Muhammad Qayyum lebih suka bermain gigit-gigit puting botol daripada terus menghabiskan susu (masih 3 ounce), kadang-kadang bila dah mengantuk sangat atau dah lapar sangat baru akan habiskan sebotol.

Hats over to my wife. Kesabarannya dalam menguruskan anak memang tak dapat aku tiru 100% waima 50% sekalipun. Semoga anak kami sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

2 thoughts on “4 Bulan

  1. Pingback: 5 Bulan | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge