3 Tahun

Muhammad Qayyum Tshirt Humiliation

Tanggal 22 mac 2015 yang lepas, genaplah usia 3 tahun putera yang aku dan isteri sayangi. 3 tahun bersama, macam-macam cerita yang aku dan isteri berkongsi dengan anak kami yang seorang ni. Jujurnya, sampai aku tak sempat nak rekod sebarang kemajuan tentang Muhammad Qayyum. Dengan post ini juga menunjukkan, dah setahun aku tak cerita apa-apa pasal anak aku di blog. Kebanyakannya cuma aku dan isteri post secara terus di Facebook.

Muhammad Qayyum dah mula menyusun ayat. Walaupun tak lengkap, ayatnya kadang-kadang buat aku dan isteri ketawa gelihati. Contoh paling ketara, kalau dia buat apa-apa benda dengan permainan bricks (macam lego, tapi besar-besar tu yang murah cap ayam punya) dia akan tanya, “Abah, hebat tak Qayyum buat? Hebat tak?”. Lagi satu, masa Tahun Baru Cina baru-baru ni, aku bawak Muhammad Qayyum berjalan melalui Jalan Raja Uda (Chinatown), penuh tanglung di sepanjang jalan. Secara tiba-tiba dia cakap, “Abah, Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai!” (cakap pelat la, budak 2 tahun lebih..). Lepas tu aku call isteri tanya, “Ibu ajar Muhammad Qayyum ka pasal Chinese New Year ni?”. Isteri jawab, taklah. Aku heran, lepas tu isteri jawab, kan dia tengok Upin Ipin, dalam tu kan ada episod Chinese New Year. Alamakkkk baru aku perasan, kebanyakan ayat-ayat yang dicakapnya memang berdasarkan dialog Upin Ipin. Look and learn rasanya.

Bercakap pasal Upin Ipin, rasanya pemberian tab pada anak ni merupakan salah satu kesilapan besar aku dan isteri di peringkat awal. Tahap ketagihnya pada tab tu agak ketara, sampaikan kalau tak bagi tu, boleh mengamuk. Oleh itu, aku dah bataskan pemberian tab ni. Cuma boleh diberikan pada cuti hujung minggu saja dan seminima mungkin pada hari lain. Isnin sampai Jumaat ni kalau boleh biar main macam biasa. Masa mula-mula tu mengamuk jugakla, benda selalu dapat tiba-tiba saja tak dapat. Tapi biarlah, daripada menjadi satu candu yang terus tak dapat dikawal nanti, payah pulak jadinya.

 

Muhammad Qayyum Dapat Hadiah

Sekarang, Muhammad Qayyum dah pandai merajuk dan menunjukkan emosi ego (macam aku, hahahahahah). Aku mula memberi hukuman atas apa saja kesalahannya contohnya kalau dia buat salah (macam budak-budak buat salah la) samada aku marah secara lisan atau rotan kaki sikit-sikit. Minggu ni, dia merajuk dengan aku paling lama, 24 jam tak nak main dengan aku sebab aku marah dia tepis botol air yang aku bagi sampai jatuh. Isteri aku tanya dia, “Muhammad Qayyum dah buat salah, pi mintak maaf dengan abah!” – dia akan buat don’t know. Lepas tu isteri akan tanya,”Muhammad Qayyum sayang abah tak?”, dia jawab dengan penuh yakin,”TAK!”. Mati akal pulak aku bila jadi macam ni. Aku ada tanya dua-tiga orang sahabat senior yang berpengalaman mendidik anak-anak lebih dulu dari aku, rata-rata semuanya lebih kurang aku jugak. Katanya, jangan sampai tak marah langsung, nanti susah pulak bila dah besar nanti sebab tak pernah kena marah. Ada jugak yang tak merotan sebab takut bila merotan tu akan diiringi dengan perasaan marah (yang ni aku setuju sebenarnya, kalau boleh memang aku taknak merotan sangat).

Akhirnya, aku cakap dengan isteri aku, biarlah aku ni nampak garang dengannya. Kalau dia nak manja, manja dengan isteri aku. Bagi balance.

Kalau ada kawan-kawan nak bagi nasihat lain, aku terima dengan hati terbuka. I’m willing to be a good father and husband. Harapnya aku dapat didik anak aku jadi anak yang soleh, jangan merapu macam aku sudahlah.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

5 thoughts on “3 Tahun

  1. ok lah geng ni anak kamu baru 3 tahun dah pandai susun ayat. anak aku dah masuk 5 tahun dah tahun ni, masih tak pandai ckp,

  2. Kalau nak cakap, nanti orang cakap eksyen bagus. Worse orang cakap hah? lelaki kat rumah buat semua kerja yang sepatutnya pompuan buat? Lelaki kat rumah duduk lepak je pe.. It all depends on each individual mentality.
    Anyway, dari sekarang, tiap kali gi masjid, ko dari rumah dah kasi dia duit. Suruh simpan dalam poket dia. Kat masjid kau biarkan dia pandai2 masuk tabung sendiri. Insyallah, sampai bila2 ini akan jadi perkara mudah bagi dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge