3 Ramadhan 1432H

Kad Merah Untuk Temujanji Para Ibu Mengandung

Harini, aku terpaksa dan wajib mengambil emergency leave apabila Nurul mengadu letih dan rasa tak sedap badan yang sangat-sangat. Ya, Alhamdulillah Insya-Allah jika ada rezeki, aku akan bergelar abah pada Mac 2012, doakan kami.

Alahan mengandung Nurul sebenarnya dah bermula sejak minggu lepas. Cuma dalam 2-3 hari ni, alahannya makin teruk. Oleh kerana alahannya pada pagi ni bertambah teruk dan ditambah pula dengan gastrik, memaksa kami untuk ke klinik. Buku merah, satu buku temujanji dengan klinik/hospital kerajaan untuk ibu-ibu mengandung pun dibuat pada pagi ni jugak. Pada mulanya, buku merah dibuat Nurul bersama mak mertua aku di Klinik Kesihatan berdekatan saja dengan rumah kami. Selepas dirujuk untuk ke Klinik Kesihatan Daerah, aku dan Nurul membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Daerah Kepala Batas pula.

Bermulalah episod baru aku dan Nurul dalam menempuh alam rumahtangga. Dan satu pujian tinggi aku kepada isteri tersayang yang masih mampu berpuasa walaupun alah teruk, berbanding pakcik-pakcik dan brader-brader yang nampak gagah perkasa, tapi masih mampu beratur di Restoran Nasi Kandar membeli nasi bungkus tanpa sedikitpun rasa malu di pekan Kepala Batas tengah hari tadi.

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

facebook comments:

5 thoughts on “3 Ramadhan 1432H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge