3 Bulan

Ukur ketinggian bayi. Aku lupa pulak berapa, tak sempat tengok buku nak hapdet blog ni

2 Bulan 5Kg, 3 bulan 5.6Kg. Naik sikit ja, exercise!

Check tumpuan dan fokus mata

Gabra nak kena cucuk la tu….

Satu suntikan dengan satu raungan yang nasib baik sebentar saja

 

Berbekalkan jadual imunisasi yang Jairo letak, 3 bulan merupakan satu lagi tarikh untuk Muhammad Qayyum kena cucuk. DTP, Polio dan HIB merupakan dos-dos suntikan yang akan diberikan kepada bayi apabila mencapai usia 3 bulan. Muhammad Qayyum dah cukup 3 bulan pada 22 haribulan, jadi aku dan Mrs. Speedrider mengambil cuti pada 25 haribulan untuk melakukan pemeriksaan berkala di klinik desa (sebelah rumah aja pun! Hehehe) dan di sebelah petangnya, kena jumpa doktor di Klinik Kesihatan Daerah Kepala Batas.

Aku ingatkan kena cucuk 3 kali, sebab 3 vaksin yang berlainan kan? Kesian pulak kalau anak menangis kan? Rupa-rupanya, misi cakap semua vaksin tu dah dibuat untuk diberikan dengan satu suntikan saja.

Tapi sebelum disuntik tu, Muhammad Qayyum diambil beratnya (5.6Kg), panjang, ukur lilit kepala dan yang paling best diuji tahap pemfokusan apabila bebenang merah digerakkan di hadapan mukanya. Kalau kat rumah, tengok habis benda yang bergerak, boleh pulak depan misi tu dia buat bodoh aja tengok bebenag merah tu. Adoi…. Hehehe.

Last sekali, kena suntik. Mrs. Speedrider tak berani pegang. Jadi aku la yang pegang. Masa suntikan di bulan ke-2 pun, aku yang pegang. Lepas tu, menangis tu sekejap aja. Kesannya bila tiba waktu petang. Muhammad Qayyum akan tak berhenti menangis, sama seperti watu suntikan 2 bulan. Mungkin lenguh akbibat kesan kena cucuk. Lepas ni, aku tunggu cerita Lil’ Ijau dan Putri pulak!

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

2 thoughts on “3 Bulan

  1. Pingback: 1 Year Of Rock And Roll | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge