28 Tahun Telah Berlalu

28 Tahun Dengan Cinta

Setelah 28 tahun, 2011 meninggalkan pelbagai cabaran untuk aku. Cabaran yang bukan sedikit. Perancangan dan harapan aku untuk mendirikan rumahtangga akhirnya tercapai dengan izin Allah. Aku bersyukur dengan rahmat-Mu dan segala dugaan sepanjang ini aku azimatkan sebagai dugaan-Mu untuk aku.

Alhamdulillah, insya-Allah aku akan bergelar abah dan suri hatiku akan bergelar ibu pada tahun depan. Biarlah aku memimpin keluarga ini dengan baik mengikut jalan-Mu. Segala cabaran dan dugaan yang datang aku redha dan pasrah. 2011 aku tinggalkan dengan banyak benda untuk aku bermuhasabah dan perbaiki. Retoriknya, azam itu telahpun aku letak pada Awal Muharram yang lalu, semoga dipermudahkan semuanya, insya-Allah.

Dari segi lain, banyak lagi yang aku kena perbaiki dan perhalusi. Semoga semuanya dipermudahkan Allah AWT, kepada-Mu aku memohon dan aku mengadu.

Kepada pengunjung blog, terima kasih atas sokongan dan segalanya. Blog ini cuma picisan, tulisan dari aku yang tak membawa makna apa-apa kepada kebanyakan orang. Ia lahir dari cetusan pemikiran dan pengalaman aku sendiri. Aku bersyukur sekiranya ada isi-isi yang membawa manfaat kepada pengunjung. Jika ada salah dan silap, teguran aku terima dengan terbuka.

Terima Kasih

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge