// ketatkan helmet!

jalan-jalan cari makan

Ride Gegar Terengganu – Rock/Punk Scene

Dalam Siri Ini:

Ride Gegar Terengganu – Day 1

Ride Gegar Terengganu – Day 2

Ride Gegar Terengganu – Day 3 (Finale)

——————————————–||——————————————–

Buat kali pertamanya, aku berjumpa dengan Jamel secara live. Lepas semua ahli konvoi berehat dek letih round Kuala Terengganu pada hari kedua, Jamel datang ‘kidnap’ aku terus di Homestay. Jamel adalah salah seorang moderator di www.rockapak.org dan aku mula kenal dengannya sejak daripada itu. Selain daripada forum, Jamel turut aktif di Youtube dengan nama Jamelcustom.

Syukur Alhamdulillah, sejak berapa kalinya aku menjejak kaki di Terengganu, inilah kali pertama aku dapat berjumpa dengan Jamel. Bukan senang nak jumpa orang sibuk ni…

Selain obses kepada Gibson Les Paul, si Jamel adalah orang yang aktif dengan aktiviti seninya terutama sekali bila melibatkan muzik rock. Apakehalnya ayat aku skema semacam aja ni…..

Selain daripada scene rock, Scene Punk dan Punk Rock adalah satu fenomena di Terengganu. Tapi mengikut Jamel, scene ni lebih menyerlah di kawasan Paka dan ke bawah (menghala ke Selatan). Sebut saja gig apa yang ada di Terengganu, semuanya ada. Working Class at day, Rockers at night.

Pada malam tu, Jamel bawak aku mengeteh dengan kawan-kawannya sekali. Nak borak panjang-panjang, aku pun dah letih..

Bila Jamel bawak aku ke restoran di Kuala Ibai ni, aku tak melepaskan peluang untuk order Nasi Kapit. DI utara Nasik Himpit la, cuma di Terengganu, ia disajikan dengan gulai Nasi Dagang. Dan bila sebut Gulai Nasi Dagang, mestilah ada ikan tongkol. Dah lama aku tak pekena Nasi Kapit kat kedai ni, jadi.. Terima kasih banyak-banyak Jamel sebab belanja aku malam tu.Bukan senang nak pekena Ikan Tongkol isi putih macam ni.

Ada rezeki, kita jumpa lagi bro!

Long live Rock and Roll \m/  \m/

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]

facebook comments:

Discussion

8 Responses to “Ride Gegar Terengganu – Rock/Punk Scene”

  1. orang bujang memang kerjanya merayau!

    Posted by Abang Ben | August 4, 2010, 10:30 am
  2. meleleh air liur tengok nasi kapit tu…

    p/s: utusan mmg perjuang org melayu

    Posted by ziarah76 | August 5, 2010, 10:46 pm
    • Salam Tuan Ziarah,

      Kalau ada kesempatan, cubalah rasa nasi kapit tu, boleh tahan sedapnya kalau boleh terima rasa gulai nasi dagang.

      p/s: ya tuan, tapi bukan semua orang bersependapat dengan tuan dan saya

      Posted by speedrider | August 6, 2010, 10:32 am
  3. macam ada bau “oren” je…

    Posted by Ijau D. Koceng | August 6, 2010, 2:06 pm

Trackbacks/Pingbacks

  1. [...] semua ready nak masuk tidur, tapi aku keluar jumpak Jamel… Hehehe… (next entry) AKPC_IDS += "1052,";Popularity: 1% [?]   No [...]

Post a comment

CommentLuv badge

Rockers Jamming Sekali

Sumber Inspirasi

wordpress statistics