// ketatkan helmet!

info

Crosstown – Jejak – Jejak (1994)

Pertama sekali, lama betul aku tak berblog sejak kemalangan minggu lepas. Terus padam idea dalam otak bila mengenangkan Belang aku yang dah bengkok dan patah riuk tu. Itu dah sepasal, pergi kerja pun kaki capik. Soft tissue injury di buku lali kiri yang doktor tu kata biasanya 6 minggu paling cepat untuk fully recover. Seksa! Kereta manual takleh bawak sebab nak tekan clutch, sakit.. Naik motor nak masuk gear lagi lawak, tendang masuk gear pakai tumit!

Selongkar punya selongkar, jumpak balik gambar sebuah album yang aku dapat khas, kiriman dari seorang brader dari Negeri Sembilan. Kutu rock tahap legend jugak, sebab minat tahap hardcore benda-benda macam ni dan yang paling penting, berjiwa seni. TQ Bro SGNS sebab tolong beli barang baek yang susah nak dapat ni kat negeri gua sendiri! Sebagai anak jati Pulau Pinang, aku nyatakan betapa bangganya aku dapat review album ni. Aku tak kisah apa kata orang, yang penting… Aku bangga.

Album yang dikeluarkan pada tahun 1994 ni, sangat-sangat simple. Tapi yang pastinya, inlay dalam amat menarik perhatian kerana penghargaan diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada waktu itu.

Lirik disertakan dalam helaian berasingan di dalam inlay CD tersebut. Bolehlah buat rujukan, walaupun lagu-lagu Crosstown senang didengar, tak macam sesetengah lagu metal yang kadang-kadang aku kena dengar 10 kali sekalipun, belum tentu aku dapat tangkap bait-bait liriknya, hahahaha….

Design CD memang simple habis. Ni inlay kat belakang pulak. Untuk album ini, 10 track diperuntukkan iaitu:

  • Keraguan
  • Jejak-Jejak
  • Pemergianmu
  • Sal (Melayu)
  • Gembala Kerbau
  • Sal (English)
  • Sendiri Ku
  • Sebenarnya Kau Tahu
  • Sal (Mandarin)
  • Cita & Dugaan

Bercakap pasal lagu, kalau dah ada sampai 3 track, memang sah la SAL ni lagu yang semua orang tau bila sebut Crosstown. Macam aku umpamanya, agak suka dengan Sal versi Mandarin walaupun sepatah haram aku tak reti cakap Mandarin.

Orang Penang kebanyakannya mengetahui Crosstown dulu aktif dalam hotels show dan sebarang event di Pulau Pinang. Aku tak sure sapa yang nyanyi lagu jingle Pulau Pinang yang on-air di Radio Pulau Pinang dulu, sebab ada iras-iras suara Ronnie (vox).

Genre Crosstown pun aku rasa lebih universal walaupun korang akan kerap dengar bunyik distortion Boss DS-1 dari Bro Dean.

Antara line-up Crosstown ialah:

  • Izzam – Keyboard
  • Jalil – Drum
  • Ajan – Rhythm Guitar
  • Deen – Lead Guitar
  • Ronie – Vox
  • Lan – Bass

Nampak kan, 6 pieces band memang antara line-up band yang aku suka sebab complete. Aku pernah cakap dulu masa entry Hi-Run yang aku memang suka band yang ada banyak members macam ni.

Bercakap pasal bunyi-bunyi raw distortion dalam album lain, tukang gentelnya tak lain dan tak bukan ialah Bro Dean atau nak mudah sebutnya Abang Din. Abang Din sekarang bertindak sebagai tukang repair gitar di Art Tune, Jalan Kajang.. Penang (kat Penang ada semua nama tempat, hahahaah). Abang Din juga orang yang bertanggungjawab dalam mengajar aku seni (ayat ni saja aku bagi nampak gempak) Squier Stratocaster.  Ya, walaupun aku memang pakai Ibanez, memang dalam hati niat nak sambar Strat tetap ada. Fender, sorrylah, aku tolak tepi.

Dari Affinity, Bullet dan Standard Stratocaster, telah diberi penerangan oleh Abang Din yang insya-Allah aku akan ingat sampai bila-bila. Yang akhirnya, berjaya jugak aku explain kat member-member yang prefer budget guitar macam Squier. (yang akhirnya aku meleleh dengan Sham Kamikaze Reversed Headstock Strat).

Jadi, salahkah kalau aku berbangga dengan Crosstown? Walaupun album ni bukanlah rock tera mana pun, ataupun lipat maut punya goreng… Aku tetap suka dengan elemen-elemen ballad rock dengan RAW Guitar sound yang menjadi trademark kepada 80′s Rock.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 8% [?]

facebook comments:

Discussion

10 Responses to “Crosstown – Jejak – Jejak (1994)”

  1. patutlah lama mendiamkan diri.eksiden rupanya.semoga pulih dengan kadar yang segera.

    rare lah beb ini band.tgk orgnye abg din tu pun otai gile…tak mintak tunjuk ajar beliau skill goreng²?hehe…

    err..sal tu ape sebenarnya?tak faham la…huhu…

    Posted by pakcik kordi | March 11, 2010, 10:57 am
  2. Aha! Aku terjatuh pada 25 Feb 2010, sebenarnya Honda Click org rumah aku terbalik sms slow di kona (atas jln tu byk kulit kerang hancur!) Nasib baik cuma tapak tgn calar sikit dan lutut jeans belah kiri berlubang sikit. Motor cuma calar cermin kiri (teknik motocross – cermin sisi terlipat sendiri bila motor terbalik begitu level brake atau clutch!). Nasib baik Honda click kalau Gold Wing entah apa jadi…..

    Aku pernah patah tangan kiri semasa bujang di KL dulu. Masa tu semua motor ada clutch terpaksa pinjam dari kedai motor. Bayangkan naik motor dgn sebelah tangan bersimen. Masa tu end 80s simen punyalah tebal dan besar nala tak mcm skrg nipis shj!

    Rasa mcm robocop pula!

    Lukmanw

    Posted by lukmanw | March 11, 2010, 10:43 pm
  3. Sememangnya Abg.Din Power…dari segi pngetahuan muzik hinggalah instrument memang bagi aku Abg.Din Expert…Dah banyak benda aku belajar dari Abg.Din…..

    Posted by Belutpuaka | April 7, 2010, 8:09 pm
  4. salam,seronok dapat lihat blog yang ditujukan kepada crosstown,teringat masa main drum ngan crosstown dulu

    Posted by jalil bin wagiman | December 16, 2010, 5:24 pm
  5. terima kasih kerana terbitkan laman ni yg babitkan band crosstown kerana menggingatkan nostlgia bersama crosstown semasa bermain drum

    Posted by jalil bin wagiman | December 18, 2010, 9:04 pm
  6. crosstown mmg best..aku penah layan show diorg kt padang brown dulu..x ingt tahun bila..kami siap naik atas stage joget.brader2 crosstown mmg sporting abis..mintak sign autograph abis penuh baju diorg tibai..memang sempi..paling best diorg cover hotel california..sebijik abis..

    Posted by mista | March 28, 2011, 5:31 pm

Trackbacks/Pingbacks

  1. [...] Lan pantas mendaki Cameron melalui speed corner Simpang Pulai. Aku yang masih fobia dengan kejadian February 2010 hanya mampu ride dalam kelajuan 90-100km/h. Fauzan pulak kompom menguap bila ikut aku ride dengan [...]

Post a comment

CommentLuv badge

Rockers Jamming Sekali

Sumber Inspirasi

wordpress statistics