// ketatkan helmet!

info

Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010

Nampaknya, Suzuki berusaha keras untuk menjadi pesaing utama di pasaran Malaysia bagi tahun 2010. Setelah kedengaran ura-ura Modenas akan mengeluarkan jentera berkapasaiti 150cc, Suzuki yang telah selesa mengeluarkan Belang R 150 pada 2009, nampaknya menumpukan kepada segmen pasaran mesra pengguna pula. Untuk Belang R 150, keupayaannya telah dibuktikan sendiri dengan Ride Solo Satu Malaya tanpa tajaan (sedihnya).

Designed by rihuhs @ MBC

Berita ngeri buat peminat kapchai-kapchai laju. Ya, dari cerita yang telah disahihkan, cuma tanpa specs yang lengkap, model tersebut berkapasiti 110cc sahaja. Lupakan saja jika anda ialah mat despatch yang nak tolong bos anda fotostat dokumen juta-juta ringgit pada waktu pagi (eh, ayat macam kenal jer…), tapi sekiranya anda adalah pengikut Smash Revo dan anda ialah mat-mat motor yang cintakan kedamaian ‘fun ride’, motosikal ini ialah jawapannya.

2010 juga diberitakan bahawa Suzuki Belang R 150 akan direka semula. Berita sedih kepada pengguna-pengguna Belang. Nampak gayanya hidup anda akan terus diselubungi misteri bunyi-bunyi yang tak menyenangkan berpunca daripada ‘auto chain tensioner’ yang masih belum diperbaiki oleh pihak Suzuki.

Pic from Petronas ARRC Blog

Sekali imbas, motosikal baru ini menyamai rekabentuk Smash Revo. Dan dengan berita Affendi Rosli yang telah menjuarai 115cc Underbone Asia Road Racing 2009 (overall), nampaknya Suzuki sepatutnya mengeluarkan model ini dengan ‘sempurna’.

Sempurna yang didambakan oleh rakyat Malaysia ialah:
(itupun jika pihak Suzuki berminat nak tahu…..)

  1. Bebas daripada sebarang factory defect seperti masalah-masalah enjin seperti yang berlaku kepada Suzuki Belang R 150 (chain tensioner prob)
  2. Bebas daripada sebarang factory defect seperti yang berlaku kepada Smash 110cc (rear foot stand dan false gear/gear tendang)
  3. Aktiviti-aktiviti sokongan daripada Suzuki terutamanya after-sales services. Aktiviti-aktiviti seperti convoy sponsorship adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh Suzuki owners. Malangnya, Suzuki Malaysia, seperti macam kedekut sangat nak buat aktiviti-aktiviti macam ni. Patutla motor tak laku…..
  4. Marketing dan Advertising. Sesuatu yang amat memalukan… Giant company such as Suzuki with minor advertising on media such as on Television and etc. Yamaha Indonesia can afford to ‘use’ Valentino Rossi on their Jupiter ad and Suzuki with…????
  5. Suzuki boleh berbangga dengan laporan-laporan di akhbar ataupun majalah yang biasanya akan melambung pujiannya. Tetapi, sekarang bukan 10 tahun lepas. Review-review bebas oleh penulis blog dan pengguna forum lebih dipercayai oleh pengguna (hampir-hampirlah…). Jadi, kepada ‘mereka-mereka’ yang berada di dalam Suzuki yang tengah brainstorm why Suzuki Sales drop within these years, take this note – user/rider now gain more info on the net such as news, forums and blogs.
  6. Spare parts – The most Suzuki owner fear off. The most ridiculous price and the availability of these parts in some stores, chase all the Suzuki ‘newbies’ away. Eg, look at this price of Suzuki Smash Gear Lever -  RM21.80…. Ughhh… headache!!

Apa-apapun, Suzuki, prove your “Ranggi Dan Radikal” with your marketing strategy. Dont ‘RADICAL’ with your price. I want to see more Suzuki bikes on Malaysian Roads like you have done with RG Sports and RGV 120 several years ago.

Suzuki, good luck for 2010.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 94% [?]

facebook comments:

Discussion

32 Responses to “Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010”

  1. ada engine spec x bro?

    Posted by Belang R150 | January 18, 2010, 4:15 pm
  2. try tanya chopshop4000 @ mbc. hahahaha

    Posted by speedrider | January 18, 2010, 4:17 pm
  3. RG dulu bersepah kat atas jalan bukan pasal time tu Wazi tengah top ka? Tu pun bila RGV kluar, puas kena titik dengan Racing Spirit & 125Z…

    Cuma respek kepada panther & panther gamma yang agak berjaya menahan manipulasi rxz di awal2 kemunculan (y1 & y2).

    Posted by zan | January 18, 2010, 5:27 pm
  4. hah! apa lagi? beli la, buat koleksi suzuki sbg hobi hang

    p/s: hang dah ada RG pun xnak ngaku… RG(R321EX) hahaha

    Posted by Ijau D. Koceng | January 18, 2010, 10:30 pm
  5. Zan, aku perbetulkan sikit…
    RG tak pernah kena titik pun dengan Yamaha SS2 tu…
    Masa RG, Meganathan yang bawak, lepas tu Wazi.

    Lagi satu, hang kena compare apple to apple la..

    Yam 125Z tu berapa CC dia…….

    Posted by speedrider | January 19, 2010, 1:33 am
  6. maksud kena titik aku bukannya RG kalah masa race..tapi kalah pada bilangan atas jalan. Masa scene race time tu memang RG yang conquer. bebudak cina kalau racing haram lawan budak melayu mesti pakai RG. Budak melayu pakai SS/SS2 biasanya akan kena bertiang…

    Memang Mega yang bawak RG dulu tapi orang Malaysia lebih kenal Wazi sebagai "artis" RG sports…

    Posted by zan | January 19, 2010, 1:38 am
  7. hehehe,

    Wazi – Raja Kapchai
    fyi, aku pakai RG dulu.

    Posted by speedrider | January 19, 2010, 2:22 am
  8. Hidup suzuki. Walaupun tokey kedai ckp apek ja pki suzuki tp aku bli gak shogun 125. Aku dh pki rg110 1997,shogun125 2007, shogun125rr 2009 & belang r150

    Posted by halimienfared | January 19, 2010, 11:38 am
  9. suzuki memang mantap. moto rg ayah sy dari tahun 1993 still beroperasi dengan mantap. harap suzuki boleh tingkatkan lagi marketing strategy…

    Posted by AcanCapik | January 19, 2010, 1:37 pm
  10. @ijau
    RG yang dalam bilik aku tu bunyi boleh dengar satu kampung wo…

    @zan
    betul gak tu. masa tu, harga SS two murah banyak dari RG dan RGV

    @halimienfared
    betul gak tu. telinga aku pun dah lali dengar statement macam tu.

    @Shafiq
    betul gak tu. sampai harini aku menyesal jual RG aku.

    Posted by speedrider | January 19, 2010, 1:56 pm
  11. bro, agak rg nak convert pakai rgx nyer coverset leh x? (off topic sket) huhu…

    Posted by AcanCapik | January 19, 2010, 2:20 pm
  12. bracket tak sama bro. kena modi sikit. kalau ko perasan, RGX 'ramping' sikit dari rg

    Posted by speedrider | January 19, 2010, 2:31 pm
  13. klo bab bracket tu leh custom la kut. tapi nak dapat coverset tu kat ne ek? mahal tak?

    Posted by AcanCapik | January 19, 2010, 2:45 pm
  14. ori mahal la, smash pun ori RM250++. try cari yang local punya. Kat penang ada kedai yang jual, kat KL atau selain dari penang aku tak sure

    Posted by speedrider | January 19, 2010, 2:56 pm
  15. alahai, jauhnya penang. thanks anyway… ada duit sok boleh la wat kaw2 rg tu. huhu…

    Posted by AcanCapik | January 19, 2010, 3:48 pm
  16. RG masuk lampu belakang RGV, TZM..pergh..giler old skool weh.
    Pakai lak foot race tiga segi, kasi lutut lipat lebih, bukak air filter biar bunyik bobok…hahaha..

    Tapi aku admire ngan Honda Hurricane & Suzuki Panther jerung..motor yang disebut2 kena "banned" oleh polis m'sia pasal laju sangat..ada sapa2 leh sahkan fakta ni?

    Posted by zan | January 19, 2010, 5:27 pm
  17. Harap Maaf.

    Image telah dialih atas arahan pihak Suzuki.

    Posted by speedrider | January 20, 2010, 8:13 am
  18. Salam …Bro……. nak tanye sikit ni !! Suzuki Belang yg akan direka semula utk tahun 2010 lebih kurang dengan yg lama ke?? bila tarikh Suzuki Belang tersebut akan dikeluarkan??? ada gambar tak???

    Posted by Pie | March 7, 2010, 4:09 pm
  19. Askm semua, aku nak share skit tentang motor Suzuki ni. Zaman old skool aku pakai C70 petak. tak syok laa semput bab masa to mana ada performance part mcm skrg.
    So aku let go tukar RC80 aku modified sampai piston bobos. Masa tu aku hambat RXS convert RXK.Jarum meter aku dah tido. Yang pasti dah melebihi 160 kmj.Sbb RXS tu dah abis meter. Start dari itu aku jatuh cinta dan tukar kem dr ‘H’ ke SUZUKI.
    Hampir semua model Suzuki aku pakai antaranya:
    RC80,RC100,Best110,RR110,RG110,RGV120,GSX110,TXR150,FX110 dan Smash Revo 110
    (fuhh penat den)
    sekarang aku masih pakai RC80,FX110,RGV120 dan Smash Revo 110 semua aku gunakan untuk gi kerja. Pendek kata aku memang minat kat SUZUKI terutamanya tentang keselesaannya untuk perjalanan yang jauh. Dah try gak jenama lain antaranya jenama ‘H’ jenama ‘Y’ memenatkan aku memacu kerana gegarannya.

    komen aku SUZUKI terlalu advance …mendahului kelasnya. Contoh mcm FX125. Setelah beberapa tahun ia keluar baru lah Jenama ‘Y’ keluarkan L***5.Tu pun tak ada DOHC stakat single cam. Mcm gitu juga dengan RGV120 org pakai dah buruk baru keluar 125Z.

    Antara model aku paling suka RGV120 dan Smash Revo 110. RGV sebab mudah sgt nak memecut dan Smash pulak sangat jimat minyak lepas aku setting 2.5 liter (lebih kurang RM5) boleh pergi balik kerja . Dari Desaru ke Pasir Gudang dan Pasir Gudang ke Desaru.
    Lebih kurang 100km (5 sen per km…Lu Pikirla sendiri beb.) kalau nak formulanya jgn segan segan email jer kat keli_rohu@yahoo.com.

    By the SUZUKI Way Of Life…
    P/S Suzuki R & D please do something don’t let Market Claim ruins your reputation.

    Special dedication : to Abg Din @ Suzuki Sales and Service Johor Bahru. Thanks for your support.

    Posted by baie_RGV | March 8, 2010, 12:27 am
  20. assalammualaikum sume mne nk dpt part2 rgx120 r?

    Posted by Fadzly | March 14, 2010, 1:30 pm
  21. fadzly:
    Boleh masuk http://www.suzuki.com.my dan email diaorang tanya kat mana nak dapatkan.

    Posted by speedrider | March 14, 2010, 9:30 pm
  22. Special dedication : to Abg Din @ Suzuki Sales and Service Johor Bahru. Thanks for your support.

    aku suka suzy,, ramai dok kutuk,..aku just pakai gamma 150,dan dah jual,,, rase sesal pon ade skit…banyak jasa tu,..utk mengubat rinduku pada gamma aku ankat satu fx 125 jauh datang nya dari ampang ker johor bahru,..enjin power,pikap menggila,jimat minyak,selesa.

    dan aku pon nak dedication utk pak din suzy assembly

    pak din nantikan part 150 complette

    Special dedication : to Abg Din @ Suzuki Sales and Service Johor Bahru. Thanks for your support.

    Posted by wan fx125 | April 21, 2010, 1:19 pm
  23. Askm sumer buat pengetahuan you all rumah abg din ni berhadapan dgn umah Abg Mail Kliwoon… sapa kenal Mail Kliwoon?

    Posted by baie_RGV | April 21, 2010, 8:54 pm
  24. berita yang aku dapat hari isnin pakdin tepon aku petang,.. dia baru jer lepas operation appendix.2 hari sebelum tu aku pegi suzuki ass JB… masa tu pakdin dah mula menunjuk kan symtom2 sakit… aku bawa beliau ke klinik penawar tmn daya.malam tu beliau dikejarkan kehospital HSA rupa nya symtom petang tadi adalah appenix,selamat menjalankan pembedahan…beliau dapat cuti 2 minggu,, semoga cepat semboh pak din,… mator kita sedang menanti,….rasa nya pakdin ni otai dohc enjin kat JB dia satu2 nya pomen suzuki bertauliah yang merasa kegemilangan suzuki rg.fx,fxr,VS dll pada lebih 10 thn dulu….

    Posted by wan fx125 | May 12, 2010, 7:16 pm
  25. salam…
    tmpang tnye skit…
    de spe2 x yg nk jual rgx 120 or agk2 kt mane yg de jual lg??…
    sbb mmg idaman dr kcil…

    Posted by carjunk | May 20, 2010, 10:17 pm
  26. adakah enjin motosikal suzuki rgv dengan suzuki sama dan alat ganti pun boleh disepadankan? Saya pun peminat motosikal 2lejang mmg minat saya dari dulu..

    Posted by RajKumar | June 25, 2010, 12:48 pm
  27. apesal sakai sgt dia punyer kepale..??
    aq rase kepale lame lagi smart… haish…!!! aq dh la minat giler kt belang… slack tol lah…

    Posted by mud | October 21, 2010, 10:05 pm
  28. salam.
    dlm bebanyak motor suzuki. knapa fxr 150 x disebut.riders2 suzuki dh lupa ka kt motor tu? hahaha…anyway moto tu still ada lg duk berkeliaran.cuma rare ja.enjin mcm belang r jgak tp cuma model lama ja la…apa2 pun suzuki is reliable…

    Posted by wan shah | December 7, 2010, 11:02 pm
  29. Hello, i think that i saw you visited my web site so i came to “return the favor”.I am attempting to find things to enhance my website!I suppose its ok to use some of your suggestions!! Olga Mccuiston

    Posted by Olga Mccuiston | July 20, 2011, 2:28 pm

Trackbacks/Pingbacks

  1. [...] ura-ura kemunculan Suzuki 2010 yang lalu, dengan ini Indonesia telahpun melancarkan Suzuki Titan 115 yang hampir sama dengan Suzuki Smash [...]

  2. [...] Smash V115 – Pandu Uji 12 Nov Masih ingatkah dengan entry Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010 yang telah diarahkan untuk dikeluarkan gambarnya dan juga Suzuki Smash Titan 115? Untuk makluman [...]

  3. [...] Full Fairing aka Belang Facelift 02 Feb Setelah entry aku untuk Model Baru Suzuki 2010 yang telah direquest untuk di delete dan disusuri dengan pandu uji oleh aku, kali ni, aku nak ulas [...]

Post a comment

CommentLuv badge

Rockers Jamming Sekali

Sumber Inspirasi

wordpress statistics