2010 Tahun Harimau Belang

Semalam, jatuh pada Tahun Baru Cina, aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca dan juga sahabat-sahabatku yang berbangsa Cina. Bersempena tahun Harimau ni, walaupun tak ada kena mengena, aku sendiri yang menamakan motor aku ni sebagai Pak Belang, mengambil sempena gelaran Harimau Belang.

Dengan pertambahan 2 lagi ahli baru dalam keluarga pemilik Suzuki Belang R 150, kami mengalu-alukan perhimpunan warga pemilik Suzuki Belang di Pulau Pinang agar dapat bersama-sama dalam setiap aktiviti yang kami jalankan. Buat masa ini, sessi TTS dijalankan setiap minggu di sekitar Butterworth dan Bukit Mertajam.

Biasanya perjumpaan diadakan untuk membincangkan aktiviti dan masalah-masalah yang dihadapi oleh owner la, memandangkan masih banyak kedai yang tidak mengetahui wujudnya jentera ni di bahagian Utara Malaysia. Amat menyedihkan apabila negeri yang terletaknya Service Center Suzuki sendiri, tetapi owner Suzuki Belang teramat kurang. Jadi, di mana silapnya?

Sehingga ke hari ini, perbincangan yang diadakan dari minggu ke minggu, sekiranya diambil peduli oleh bakal-bakal pengguna baru Belang R adalah amat menakutkan. Kos spare-parts, kerosakan chain tensioner, harga camshaft dan lain-lain sekiranya diambil kira, boleh dianggap terlalu tinggi. Bayangkan, intake cam dan exhaust cam original dari Suzuki berharga hampir RM1000.00 sedangkan barang yang sama, sekiranya dibeli terus di Surabaya adalah lebih kurang RM400++. Margin harga yang amat tidak masuk akal. Kami bernasib baik kerana mengenali rakan-rakan peniaga yang dapat memberikan info-info ini dan seterusnya dapat membeli barangan tersebut sekiranya keadaan mendesak.

Kenapa spefisifikasi asal Belang R 150 menyatakan main jet size ialah 112.5 sedangkan apabila diperiksa, ia bersaiz 110? Masalah spark plug kelabu/putih pada belang standard adalah bukti betapa Belang R 150 standard yang dipasarkan mengalami masalah ‘tak cukup minyak’.

Maka dengan itu, satu kelas mengenali enjin jentera ini telah dianjurkan oleh mereka yang arif dan disertai secara beramai-ramai oleh pemilik-pemik Suzuki Belang R 150. Berdikari lebih baik daripada mengharap buah yang tak gugur-gugur, betul tak?

Semoga tahun Harimau akan membuat semua pemilik Belang lebih berdedikasi dalam mengenali jentera masing-masing.

facebook comments:

6 thoughts on “2010 Tahun Harimau Belang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge