
Konvoi ini telah dijayakan oleh 24 buah Suzuki Belang R 150, 11 buah Suzuki Shogun (RR dan 1st gen) dan sebuah FXR 150.
Ketibaan rombongan konvoi disambut oleh admin Northern Region Belang R 150 Dot Com, Encik Mohd Fauzan. Lihatlah, nampak penat dan bersemangat beliau mengusahakan agar ride di Penang pada haritu agar berjaya dan diingati.
Selaku chief de konvoi @ Penang, beliau bertanggungjawab untuk memberi sedikit penerangan ringkas, safety dan rules kepada peserta-peserta konvoi. Malangnya, seperti biasa, ada juga peserta-peserta yang langsung tak nak dengar ataupun buat-buat tak dengar. Samada dah cekap sangat ataupun terlampau terer, tak dapat dipastikan. Walaupun telah diberitahu bahawa helmet MS-88 diharamkan, masih ada yang memakai tanpa memikirkan keselamatan masing-masing. Itu belum termasuk kepada mereka yang hanya memakai sandal sepanjang konvoi. Kepada mereka yang beringat sebelum kena, syabas dan tahniah kerana anda adalah pemandu rider berhemah.
Kalau semua orang perasan, makin ramai owner belang yang tambah fairing ni kat depan. Macam-macam style ada, daripada fairing Gamma sampailah fairing RXZ, semuanya masuk. Ada teori menyatakan dengan penambahan fairing, rintangan angin dapat dikurangkan dan seterusnya geseran badan dengan angin dari hadapan dapat dikurangkan, seterusnya dapat menambahkan kelajuan sedikit. Yang ni jangan tanya aku sebab aku bukan engineer bahagian aerodinamik ni yer… Tanyalah kepada mereka yang lebih arif.
Masa tengah jadi marker untuk ke Queensbay Mall ni la ekzos aku kena hentam dari belakang, gara-gara ahli-ahli konvoi yang tak sabar-sabar dan yang tak mengikut peraturan marshall. Suasana jadi kelam kabut di round about Tengku Kudin, sampaikan Izuan (pakai helmet Nakano tu) terhentam belakang aku. Nasib baik dua-dua tak jatuh. Macam mana Izuan, ekzos aku nak kira macam mana? Ganti dengan YoshimuraH ajelah… Apamacam? Hahahaha…- Condition – Pastikan motosikal korang tidak melanggar undang-undang secara berlebihan seperti gambar di atas. Sikit-sikit mungkin boleh terima. Tetapi, lampu belakang tu tak kejap dan banyak kali aku tengok hampir terjatuh. Hal ini membahayakan rider-rider lain di belakang anda.
- Helmet – Aku tak mintak korang beli full face. Tetapi, MS-88 adalah helmet yang paling tak sesuai, dan aku adalah antara orang-orang yang haramkan terus penggunaan MS-88 ni. Entry pasal helmet aku dah pernah tulis dulu. Takkan sengkek sangat nak beli helmet yang OK sikit. Motor riban-riban boleh beli…. Apa da…
- Riding gear – Pastikan untuk perjalanan long distance, pakailah at least kasut, jaket, helmet dan seluar jeans (at least). Ada ker patut korang dah la konvoi bawak awek, bagi awek pakai MS-88 dan pakai sandal. Sayang awek dah lebih sangat kot? Ataupun kasut/kulit korang semua ni dah keras macam atap zink?
- Briefing – Ni satu lagi penyakit peserta konvoi. Dahla bawak kadang-kadang ntah apa-apa. Briefing tu, dengarla sikit. Lepas tu, kalau tak faham, boleh tanya dekat marshall. Bawak motor bila berkonvoi, janganla ikut kepala sendiri. Berkonvoi dalam jumlah yang ramai, kalau tak ikut nasihat, boleh terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.
BOTTOMLINE:
SUZUKI Champion bagi Season 2009 underbone 4-stroke 115CC.
Picture Credit: felixthecat (Mohd Faliq Azemi)
Popularity: 17% [?]






































klu rider superbike yg konvoi biasanya lg berdisiplin kan? klu marshall kata 80km/j ofkos 80km/j la spnjg masa…
dulu waktu keja kat acidchem (skrg IOI), matahari lom kluar lg dah lalu penang bridge naik motor… sejuk gila
Posted by Ijau D. Koceng | December 21, 2009, 11:33 amSalam…..
Selamat pergi dan selamat pulang kepada sesiapa yang pergi penang tu..betul cakap Bro saya setuju bukan semua orang dengar cakap dan tak ikut peraturan yang ditetapkan …saya rasa bukan mereka tak nak ikut ada masalah lain kut..saya harap semua boleh ikut peraturan ditetapkan sebab anda semua dah bijak pandai semua..jadi tak ada masalah dilain hari…..Taniah Bro meriah nampak suzuki nie….jumpa lagi..minta maaf kalau ada salah silap..
Posted by raider150 | December 24, 2009, 2:34 amkalu nak konvoi lg bleh join x? aku slalu chat kt http//www.duniamoto/belang sebagai belang owner
Posted by mienGSR | January 17, 2010, 10:56 ambro sy nk join club belang ni,tp cm ne nk cr geng belang kat pnang?
leh contact x?ni no sy 0124343116
Posted by zack87 | February 21, 2010, 10:46 pm