Gerai ni terletak betul-betul di Exit Sungai Dua berhampiran Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Untuk direction daripada Kuala Lumpur, keluar terus ke Exit Sungai Dua dan anda akan nampak gerai ni di laluan utama ke Sungai Dua di Sebelah kiri. Kedai ni dekat-dekat saja dengan Aziz Mee Pak Ngah (klik).

Bilangan orang yang ramai, sesak, padat dan keadaan gerai yang berasap adalah satu lumrah di kedai yang menjual Char Koey Teow asli. Jadi, begitulah pemandangan di sini. Sekiranya anda tidak selesa dengan pemandangan dan suasana sebegini, lupakan saja tentang Penang Char Koey Teow.

Tentang minuman… Tak pasti pulak samada air buah dijual atau tidak, kerana biasanya minuman inilah yang selalu dipesan untuk ‘balancekan’ rasa Char Koey Teow. Samada Teh O ataupun Teh Tarik.

Harga yang dikenakan adalah harga standard di Penang. Cuma di sini, ada variety sikit. Boleh order udang saja ataupun kalau nak Nasi Goreng Udang pun ada. Owh, lupa nak cakap. Sesiapa yang belum biasa dengan Sungai Dua (klik), kawasan ni pun femes dengan udang. Bukan di Kuala Sepetang (klik) atau di Teluk Kumbar saja.

Berkenaan servis, boleh tahan lajunya sebab tukang masak ramai. Jadi bolehlah datang kat sini dan jangan risau tentang servis walaupun kedai macam tin sardin dah ramainya.

Untuk review Char Koey Teow (besar), gambar menceritakan segala-galanya. Berbaloi. Tapi ikut mulut aku, aku lebih prefer kepada Char Koey Teow Alka Ria (yang asal, bukan sekarang) dan Char Koey Teow Permatang Pauh. Boleh tahanla kalau nak makan dan rasa di sini, tapi tak boleh dikategorikan sebagai ‘hebat’.

Untuk Char Koey Teow Alka Ria tukang masak lama (belakang lorong) itu adalah amat hebat. Sekarang sudah teruk sekali, tak ingin aku nak review.


View Char Koey Teow Sungai Dua in a larger map

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #26/30
————————————————
Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]