// ketatkan helmet!

info

Giant Memang Penipu

Aku ingatkan bila aku dah terkena pasal kes TV dulu (jika tak ingat, boleh baca kat sini), kemungkinan itu cuma kebetulan kecil saja.

Hari ni, cuti punya pasal, aku dan Nurul keluar la beli barang-barang rumah sikit. Aku jadi driver ja.

Nak dijadikan cerita, makanan kucing ni, selalunya berharga RM13.99. Jadi, Nurul pun amik la macam biasa. Tapi masa dekat-dekat nak balik, check balik dekat resit tu, dah naik harga RM16.99 untuk makanan kucing ni.

Aku yang sememangnya suka cari pasal dari dulu, terus ke Information Counter Giant (Sunway Carnival) untuk tanyakan kenapa jadi macam tu padahal dekat pek tertera dengan jelasnya harga RM13.99. Setelah 2-3 kali berulang ke tempat asal pek tersebut diletak, dengan jelas takde harga dipamerkan (Kesalahan 1: Kementerian Pengguna). Lepas tu, pompuan Info tu suruh salah sorang staff kat situ check harga pek kucing dalam sistem Giant. Dengan confidentnya dia cakap, pek tu harga RM16.99.

Aku, sebagai pengguna. Menggunakan hak pengguna aku – HAK UNTUK BERSUARA.
Aku hentam staff kat situ.
Aku kata, itu korang punya pasal la sistem korang, apesal tak letak display?
Dah menyusahkan orang!!! Bila sticker melekat dengan jelas harga RM13.99, peduli apa aku dengan database korang?

Untuk kali keduanya, staff department Pet Food dipanggil. Kali ni, staff tersebut menyatakan harga di pek ialah harga lama, harga baru ialah RM16.99. Tak sempat label katanya.
Ah, bullshit!
Aku tak nampak sorang pun staff Giant yang re-label balik atau tengah sibuk buat kerja-kerja penukaran harga barang kat situ tadi. Nak menipu lagi?
Aku terus bagi warning; kalau aku bawak kes bodoh harga RM13.99 ni sekalipun, aku confirm menang kat mahkamah.

Hanya permintaan maaf saja yang staff tu bagi.
Untuk kali kedua, aku maafkan walaupun aku rugi. Diaorang ada offer untuk refund, tapi aku dah lambat sangat nak ke tempat lain.

Kesimpulan yang aku tetap nak bagi: GIANT MEMANG PENIPU!
Berhati-hatilah kalau korang nak beli barang kat situ. Baik aku beli kat kedai runcit rumah aku lagi bagus!

Perasaan marah aku membuak-buak bila ada beberapa driver bangang dan aku pun taktau macam mana boleh pass lesen memandu park kereta depan main entrance. Aku nak keluarkan trolley aku pun susah. Nasib baik aku tak bawak pad-lock tadi, aku rasa macam nak lock aja trolley aku kat kereta-kereta yang ada driver bangang tu.

Saja ja aku letak trolley betul-betul sentuh bonet kereta tu. Bangang!! Menyusahkan orang.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 4% [?]

facebook comments:

Discussion

12 Responses to “Giant Memang Penipu”

  1. ni nampak sangat menipu nye nih!
    terang terang!..bagus bro! gua sokong!
    tapi kalo gua jadi lu,
    gua tak park troly kat depan kete
    dia..gua park kat atas bonet dia!
    bangang tul!

    Posted by seroja jingga | September 28, 2009, 1:50 pm
  2. ni nampak sangat menipu nye nih!
    terang terang!..bagus bro! gua sokong!
    tapi kalo gua jadi lu,
    gua tak park troly kat depan kete
    dia..gua park kat atas bonet dia!
    bangang tul!

    Posted by seroja jingga | September 28, 2009, 1:50 pm
  3. Padahal Giant tu syarikat Malaysia tu.. Sapa nak jawab ni?

    Posted by zan | September 28, 2009, 5:02 pm
  4. mmg cam tu..aku pon pernah terkena.. aku ingat kena stby buku kecik ngan kalkulator la kalau nak bli brg..sblm byr kira siap2

    Posted by matakucing | September 29, 2009, 1:08 am
  5. Sabar..sabar.. Tapi patut kena buat aduan kat Kementerian ni.. Kot-kot boleh saman 1 juta ke…

    Posted by SkiD | September 29, 2009, 1:20 am
  6. ambik price tag tu letak kat kete yg parking depan entrance tu kasi jual terus.. ni semua kes menzalimi orang nih… buat report best ni bro!

    Posted by Nazrishae Tuan | September 29, 2009, 6:58 am
  7. Nampak sgt pekerja Giant tu mengular, tak letak harga baru.

    Posted by Takilala | September 29, 2009, 2:13 pm
  8. aku sokong pasal ko sanggup bersemuka, kalo aku pun, mungkin aku just shrug it off dan tak beli kat sana lagik.

    thanks for sharing this info

    Posted by deaf_angel | September 30, 2009, 10:22 pm
  9. ekau nie mmg la semangat pendekar halilintar!salute!!!!

    Posted by pakcik kordi | October 3, 2009, 12:19 pm
  10. nampaknya hang pun jenis baran menyirap darah (mcm aku) jugak naa…

    Posted by Ijau D. Koceng | December 12, 2009, 2:25 am
  11. @ijau,
    sekali sekala

    Posted by speedrider | December 12, 2009, 3:23 am

Trackbacks/Pingbacks

  1. [...] seperti yang telah termaktub. Sebenarnya, aku pun bertindak apabila kena tipu dengan supermarket GIANT dulu. Cuma dua saja, tebalkan muka dan stand for your [...]

Post a comment

CommentLuv badge

Rockers Jamming Sekali

Sumber Inspirasi

wordpress statistics