// ketatkan helmet!

jalan-jalan cari makan

Aziz Mee Rebus Pak Ngah

Merujuk kepada cerita singkat aku haritu, Hari ni aku akan buat review sikit pasal Mee Rebus Pak Ngah yang famous di Sungai Dua, Seberang Perai Utara. Sebenarnya, Iskandar dan Ameera Linda datang, jadi aku pun ajak la diaorang pi makan kat Aziz Mee Rebus Pak Ngah. Pergh, malam semalam awek memang ramai, aku nak makan satay pun dah tercalar kehenseman aku sebab rakus memakan satay sampai takleh cover hensem dah. Aku perasan, ada la 2-3 awek dok ushar aku, ala pepaham jelah.. Rocker botak memang selalu jadi perhatian ramai!!

Untuk sejarah, Mee Rebus Pak Ngah asalnya diusahakan oleh Allahyarham Pak Ngah yang sememangnya dah famous dulu. Dulu, warungnya kecik saja, bersebelahan dengan Balai Polis Sungai Dua. Selepas dia meninggal, ramai pulak yang mengaku kedai merekalah yang membawa resepi asal Mee Rebus Allahyarham Pak Ngah.

Aziz Mee Rebus Pak Ngah terletak betul-betul selepas exit lebuhraya Sungai Dua, bersebelahan stesen minyak Esso, dan bertentangan dengan Stesen Mobil. Asalnya, warung ini ialah Warung Selera Bendang sebelum diambil alih oleh Tokey Aziz. Dalam banyak-banyak Mee Rebus Pak Ngah, tak disangkal lagi, aku paling suka yang Aziz punya. Pilihannya lebih luas iaitu mee rebus biasa dan kalau mahu, ada udang kertas dan udang galah yang ditimbang kilo. Kalau taknak mee rebus, goreng-goreng pun ada. Nasi ayam dan satay pun ada, jadi boleh belasahla kalau nak.

Aku taknak la bagi verdict kata kat sini sedap, cuma… Kalau korang lalu kat Sungai Dua, singgahlah rasa, tak rugi. Murah saja, mee rebus biasa RM3.00, ada udang 2-3 ekor dan hirisan daging. Takkan nak makan mee rebus mamak aja 24 jam aja kan? Lama-lama, aku pun boleh jadi mamak nanti. Heheheheh…


View Aziz Mee Rebus Pak Ngah in a larger map

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 13% [?]

facebook comments:

Discussion

5 Responses to “Aziz Mee Rebus Pak Ngah”

  1. speed, lu bikin wa lapar lah bro.
    wa belum makan nasik siang lagi ni woooo…

    Posted by Portdy | July 10, 2009, 9:13 am
  2. aku suka makan mee rebus tapi tempat ko nye cam lain sikit hehe

    nice pic satay tu

    Posted by deaf_angel | July 10, 2009, 12:00 pm
  3. Speedrider

    Aku se-family pernah 2, 3 kali mkn Mee Rebus + Sate + Air Kelapa di sini.

    Aku bagi 4 bintang (kurang 1 bintang utk ter-best).

    Lukmanw

    Posted by lukmanw@gmail.com | July 11, 2009, 3:59 am
  4. setuju dgn deaf, totally different dgn mee rebus johor…

    yg ini lebih kepada mee bandung.
    tapi tengok sate je, gua dah drooling all over ni. lu punya gambar terang, jelas dan hidup!

    Posted by eddie dewanaga | July 13, 2009, 3:56 am
  5. 16Feb10 mkn kt sini. 4 pinggan mee udang + 1 pinggan nasi goreng ayam + 6 gelas air kosong = RM56.30.

    *note: berapa henggetkah harga mee udang itu? (cashier tu kata harga udang RM80/kilo)

    So be careful masa order ya… ;)

    Posted by rahaya | February 19, 2010, 11:11 am

Post a comment

CommentLuv badge

Rockers Jamming Sekali

Sumber Inspirasi

wordpress statistics