RSS
 

Resepi Universal Untuk Bangsawan

22 Apr

Ok. Hari ini, dengan bermurah hatinya, aku akan berkongsi resepi yang selalu aku pakai bila masak. Sekiranya korang praktikkan, memang korang beruntung sebab dekat Makcik Nurul pun aku tak ajar lagi resepi ni. Dikatakan, ini adalah resepi yang istimewa dan universal untuk golongan bangsawan.

Ok, nama resepi ni ialah Mee Udang. Mee Udang Kuala Sepetang pun boleh kalah dengan mee ni. Aku bagi gerenti 200% memang sedap.

Mula, mula-mula, rebus air sehingga menggelegak dan panas. Lepas tu, masukkan udang. Tak kira la udang galah ker, udang kertas ker… LOBSTER pun boleh kalau nak. Kalau tak suka cara rebus macam ni, bolehlah digoreng dulu, lepas tu masukkan air. Tapi pastikan minyak sikit jer kalau nak goreng dulu. Tapi sayang la kan, nanti rasa udang hilang.

Ok, rahsia terbesar Mee Udang Bangsawan ni terletak pada perencahnya. Aku rahsiakan dulu sebab perencah ni memang susah nak cari. Nak buat boleh, tapi susah dan mengambil masa sikit. Kalau betul-betul rajin, buatlah.

Ok, masukkan pulak minyak. Aku suka gunakan peket kecil macam ni (ada dijual) sebab jimat sikit dan tak membazir. Rasa Mee Udang Bangsawan bergantung pada minyak yang korang akan gunakan. Kalau pakai Vesawit, rasa lain.. Kalau pakai Cap Buruh pun akan rasa lain. Jadi, untuk memastikan trade mark aku pada Mee Udang Bangsawan ni kekal asli (sebab nanti aku plan nak bukak kedai makan), maka aku terpaksa rahsiakan jenis minyak yang aku pakai. Yang pasti, ianya halal dan diluluskan JAKIM.

Aku malas sebenarnya, jadi aku tak masukkan sayur dan lain-lain. Kalau nak sedap, tambahlah tomato atau ubi blender sikit, dan sayur bayam. Malas punya pasal, aku masukkan jer telur setengah masak dalam tu. Memang mengancam abis.

Nak tau sangat ker minyak dan serbuk perencah tu aku pakai jenis apa?

erm…..

Har Mee Udang Penang. Betul-betul HO LIAU Wo!!!! Wakakakakakak~
Selamat datang hujung bulan……

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 11% [?]

 
9 Comments

Posted in tutorial

 

Leave a Reply

 
 
  1. Husni Zm

    April 22, 2009 at 8:00 am

    ko mmg cilakak mus! hahahhahahaha
    mati2 aku kene. cis. bila aku nampak mee tu mcm kenalll jeee..! terkene gue.

     
  2. aRaBeLLa

    April 22, 2009 at 9:30 am

    Haah aku pon da bajet maggi mase tgk pic tuh..

     
  3. speedrider

    April 22, 2009 at 2:30 pm

    hujung bulan jer, mesti aku ngap megi… alahai… dha dua tahun macam ni… (T_T)

     
  4. paiseh

    April 22, 2009 at 4:35 pm

    bongek! bangsawan la sangat!
    1st time gua rasa hancin.

     
  5. carvedijan

    April 24, 2009 at 9:24 am

    aku dah agak dah!!!!!

     
  6. acece

    April 24, 2009 at 2:43 pm

    aku dah lapar banget ni, anak udang galah ke tu…bak sikit

     
  7. suka mncuba

    April 26, 2010 at 6:26 pm

    buang ms aku bce jer..btol2 hampeh!

     
  8. HUSTLER

    June 23, 2010 at 5:46 pm

    klu ko xnk mkn megi lg tiap2 hujung bulan contact aku, pasti lepas ni ko xtau makanan ape lg yg ko nk mkn tiap2 hari. aku serius beb! >>aldinnar@gmail.com. sape2 pun boleh klu korg nk cuba. bleh buat diut!

     
  9. Selera Pelik Rakyat Malaysia V1 « Speedrider Networks

    July 9, 2010 at 12:06 am

    [...] dapat menambat hati bakal mertua dengan hanya masak megi saja, lepas tu claim yang tu adalah Mee Kuah, Mee Jawa ataupun Mee Udang. Simple! Sekali Makan Macam 2 Minggu Punya [...]