20 Tahun JDA

Iklan Rasmi Dari Sayap-Sayap Wings

Seperti yang semua peminat WINGS maklum. 2011 merupakan ulangtahun ke-20 album Jerangkung Dalam Almari. Apa yang membuatkan Jerangkung Dalam Almari (JDA) begitu istimewa sehingga sebuah baju khas dibuat untuk mengingati album ini? Tak perlu cakap banyak, mungkin cuma dengan menekan link www.sayap2wings.com dan menyelak bahagian forum peminat mampu menjawab persoalan anda sekarang.

Design Hadapan

Track JDA, format kaset la masa tu!

Aku rasa, kepada pembeli-pembeli tegar barangan rasmi WINGS, melalui Sayap-Sayap Wings sudah mengetahui kualitinya macam mana. Jadi aku rasa tak perlulah aku mengulas panjang tentang kualitinya. Puas hati!

Label

Ahhhhhhhhhhhh….. Asalnya aku pakai XL (masa tahun 2009, waktu S2W ditubuhkan). Lepas tu naik XXL, sekarang dah 3XL. Hampessss… (Gua rasa majoriti mat rock kawen dah membesar kot?, minoriti aja yang maintain, walaupun buncit sikit). Bercakap pasal label, akhirnya bercop sendiri juga! Sesuatu yang telah lama dicadangkan kepada S2W, sejak allahyarham Ijan masih ada. Ini satu petanda baik, biar Sayap-Sayap Wings menjadi satu jenama, bukan sekadar nama.

Hadiah hadiah hadiah lagi!

Terima kasih kepada Madi, Zul dan Zan; 3 orang paling kuat Sayap-Sayap Wings sekarang. Terima kasih atas bandanna/kerchief/key ni. Nak pakai pun sayang macam ni. Aku notice, dah lama aku tak join Geng-Geng Sayap (macam sayap tepi perut la pulak bunyinya…). Kalau diikutkan, Opera Hidup Rockestra adalah last sekali sessi aku jumpa diaorang. tu pun kejap gila sebab semua tengah sibuk. Aku pun keadaan ekonomi tak berapa mengizinkan sekarang, terpaksa la berehat kejap dari travel sana-sini. Terima kasih banyak-banyak brooooo! (aku belum update satu lagi hadiah dari Sayap-Sayap Wings! Nanti aku update. Hehehhe)

Nasib baik gua botak, fit terus!

 

facebook comments:

1 thought on “20 Tahun JDA

  1. Pingback: Pakaian Bayi | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge