2 Tahun

Muhammad Qayyum doaPejam celik pejam celik, dah dua tahun anak kami membesar. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Sangat pantas.

Muhammad Qayyum sekarang dah mula bercakap pelat. Walaupun kadang-kadang tak faham apa yang dicakapkannya, memang sangat terhibur. Dia dah faham soalan-soalan seperti, “harini makan apa”, “harini buat apa” dan “sedap tak makan ayam”?

 

Muhammad Qayyum 2 tahun cake

22 Mac 2014, genap 2 tahun Muhammad Qayyum sekarang. Tak banyak yang kami buat, cuma pada 23 Mac tu, sempat la buat jamuan kecil-kecilan kat kampung aku dengan semua adik beradik. Muhammad Qayyum nampak agak teruja kali ni sebab kami bagi “line” untuk potong kek sendiri. Masa setahun dulu memang la dia tak pandai buat apa-apa lagi.

Aku dan isteri berharap, agar kami diberikan kekuatan untuk membesarkan anak-anak dengan baik dan agar mereka semua menjadi insan yang soleh dan syumul. Insya-Allah

 

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

2 thoughts on “2 Tahun

  1. Happy birthday Muhammad Qayyum

    Semoga nanti rajin2 belajar, dengar cakap mak bapak, dan be a good Muslim. Best wishes always.

  2. Pingback: Fastlane Rally Racer | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge