1hari=1entry=1Malaysia

Untuk sesiapa yang terperasan dengan update aku setiap hari, aku tak sempat nak info langsung dalam entry-entry tu melainkan dengan label-label semata-mata.

Sebenarnya, aku terlibat dengan satu ‘endurance‘ test rasanya, yang dianjurkan oleh Abang Ben (Krenmaut) yang membuat satu cabaran 1hari=1entry=1Malaysia.

Oleh sebab itu, pecahlah kepala otak aku untuk memikirkan apa yang nak disumbat dalam blog ni hari-hari. Rupa-rupanya, bukan senang nak menulis ni. Maka secara automatik, aku rasa aku dah paham la sikit kerja wartawan tu macam mana…. Cuma dalam blog ni, bahasa tulisan semua boleh hentam keromo saja tulis. Bezanya cuma dateline!

Untuk sesiapa yang belum tahu, blogger circle yang join endurance ni, ada disenaraikan di blogroll di sebelah kanan tu. Jadi, itu semua yang telah confirm join la.. Untuk endurance ni, Abang Ben dah letak syaratnya iaitu:

Syarat penyertaan:
1. Ada blog open for public (private blog tak leh)
2. Warga Malaysia tulen
3. Blog anda bukan blog download mp3/DVD/VCD
4. Setiap hari kena letak satu entry yang munasabah ikut kepala otak sendiri.
5. Pemenang akan merasa bangga sebab berjaya buat 1 entry = 1 hari selama 30 hari. Lepas tu boleh rasa takjub/riak pada orang ramai. Peng’kalah’ akan merasa rendah diri dan perlahan-lahan mengundur diri dari arena memblogging.
6. Bila dah join, korang bolehlah buat link khas kat bloggers link dengan group bernama 1hari=1entry=1Malaysia tu supaya benda ni merebak sampai ke Planet Zuhal.
7. Pada posting yang participate, sila LABELkan 1hari=1entry=1Malaysia.
8. Setiap entry nomborkan… contoh 1/30, 4 of 30 etc supaya mudah orang nak follow.
9. Kalau korang jenis blog addicts (lebih dari 1 posting per day), pun boleh laaaaa kalau nak join. Cuma kembali kepada syarat no 4 tu. MUNASABAH punya entry.

Link untuk melihat semua syarat terletak di sini. (klik sini)

Apa macam, munasabah tak entry aku hari ni? Mengikut syarat ke-4 tu…., untuk mengkhabarkan kepada semua readers aku yang pelik tengok aku update hari-hari.

Maka, selesailah entry aku untuk hari ini. Hahahahahaha~

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #5/30
————————————————

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge