14 Ramadhan 1432H

Harga tak banyak berubah untuk ayam percik

Kali ni, buat pertama kalinya aku dapat bersama-sama isteri merancang juadah berbuka untuk family. Selain Mak Mertua dan Kakak Ipar aku yang rajin memasak di dapur, peluang untuk ke bazar Ramadhan biasanya jatuh ke tangan aku dan Nurul. Harini, Nurul macam sihat sikit dan confident untuk teman aku ke bazar Ramadhan. Setelah makan ubat muntah yang dibekalkan doktor dek kerana alahannya, Alhamdulillah Nurul dah boleh jalan-jalan sikit. Alahan Nurul buat aku terlepas peluang untuk rasa air tangan isteri tiap kali berbuka. Kalau air bancuh macam kordial anggur, bandung semua tu, serahkan pada Nurul. Memasak, samada mak mertua atau kak ipar yang buat. Takpa, alhamdulillah rezeki ada.

Bukan selalu pun pergi ke bazar Ramadhan ni, dalam 14 hari ni, mungkin baru 3-4 kali aku pergi. Terus-terang aku dapat rasakan bilangan pengunjung yang jatuh mendadak pada Ramadhan tahun ni. Seperti yang dijangkakan, harga makanan menjadi faktor utama. Tak dinafikan, harga makanan tahun ni rata-ratanya agak mahal! Jadi, beli apa yang perlu saja dan tak perlu tunduk pada nafsu.

 

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge