13 Ramadhan 1432H

Beryani Ayam Kapitan sudah naik harga, dari RM7.00 sudah jadi RM8.60

Majlis iftar yang ringkas diantara aku dan sahabat-sahabat yang sama-sama meminati dunia motosikal telah berlangsung di Restoran Kapitan, Queensbay. Memandangkan jumlah pelanggan yang ramai, nasi beriani yang biasanya dihidangkan di dalam bekas claypot, semalam hanya dihidangkan di dalam pinggan stainless steel. Ayam yang disediakan di sini nampaknya lebih besar daripada cawangannya di Bandar Perda dan ibu pejabat Restoran Kapitan di Chulia Street. Seperti yang dijangkakan, hidangan dihidangkan seawal pukul 7 petang dan sudah semestinya menjadi sejuk. Apa-apapun, alhamdulillah, kami dapat berbuka bersama dan yang penting, enjoy. Alhamdulillah.

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

 

facebook comments:

2 thoughts on “13 Ramadhan 1432H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge