12 Ramadhan 1432H

Kismis + Badam + Kacang Cerdik

KELEBIHAN  KISMIS (copy dari Coklat Kismis Doa)

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Biasakanlah memakan kismis
kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”  Hadis lemah/palsu. Sila rujuk RALAT HADIS.

Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:

a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan

b)         Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan

c)         Melawaskan pembuangan air besar

d)         Melindungi hati

e)         Memperbaiki ton dan keanjalan kulit

f)          Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

g)         Membantu sebagai penerang hati

h)        Membantu menguatkan hafalan

i)          Membantu menajamkan mata dan minda

j)          Membantu memulihkan keletihan saraf

k)         Membantu menguatkan daya ingatan

l)          Membantu mengurangkan stress

m)        Membantu merawat penyakit histeria

n)        Membantu merawat penyakit gementar

o)         Membantu merawat penyakit anemia

p)         Membantu merawat masalah sembelit

q)         Membantu merawat masalah pelupa

r)          Menambah fahaman serta minat belajar

s)         Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.

 

 




KELEBIHAN  BADAM (Your Baby Partner)

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
Badam untuk Wanita Hamil
Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

KELEBIHAN PISTACHIO/KACANG CERDIK (dari Murni Hati)

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

 

facebook comments:

3 thoughts on “12 Ramadhan 1432H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge