11 Ramadhan 1432H

2X Sehari Untuk Aku

Nescafe. Sejenis brand kopi yang tak dapat dipisahkan dari aku. Nescafe kaw tu favourite. Sejak-sejak kawin, Nurul berlajar ‘resipi’ Nescafe dari mak. Nak dijadikan cerita, Nurul tak minum Nescafe, jadi macam mana dia belajar rasa? Jawapannya tidak. Sukatan dan jenis mug yang digunakan akan membuatkan Nescafe itu masuk dengan citarasa aku.

Jujurnya, tak semua kedai buat Nescafe sedap. Kadang-kadang rasa hampeh yang amat. Kadang-kadang gula lebih, kurang, susu lebih, kurang dan kadang-kadang ‘ceroi’ (jurang likat) samada tukang bancuh memang tak terer buat ataupun nak save budget Nescafe tu. (alamak, cerewet jugak aku ni..)

Walaupun Nurul tak minum Nescafe (pening kepala katanya), ada cara kami menikmatinya bersama. Dia bancuh Milo untuk dia, dan dia bancuh Nescafe untuk aku. Tak semestinya yang indah itu dinikmati dengan benda yang sama. Ia dapat dinikmati walaupun caranya berbeza.

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

facebook comments:

6 thoughts on “11 Ramadhan 1432H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge