Alhamdulillah, hari ni 22 Mac 2013 menandakan anak sulung kami telahpun berusia 1 tahun. Di saat 2-3 hari sebelum hari ni, kerap aku cakap kat isteri, “abang rasa macam baru semalam saja Muhammad Qayyum lahir kan?”
Muhammad Qayyum dah boleh minum pakai straw waktu usia awal 11 bulan. Wife yang ajar, sekali ajar aja terus boleh. Masalahnya sekarang bila dah pandai minum pakai straw, bukan minum yang banyak, tapi lebih banyak main sembur-sembur air pulak. Bab makan pulak, diet anak dah berubah. Kalau dulu banyak menunya berasaskan bubur dan kentang lecek semenjak umur 6 bulan, tetapi semenjak usianya menginjak antara 10-11 bulan, dia dah mula memilih makanan pejal seperti roti, nasi dan buah betik. Bab diet ni pun pening kepala jugak sebenarnya sebab ada harinya dia taknak makan langsung nasi. Tapi yang peliknya kalau kami satu keluarga singgah makan di kedai, kalau disuapnya bubur, boleh habis semangkuk besar. Memilih makan kat luar juga anak abah ni ya! Tabiat minum susu pun dah bertukar, kalau tak sebelum tidur mahu jugak dia minum susu + nestum, tapi sekarang dah tak nak. Nak susu sahaja, jangan harap nak minum kalau campur dengan nestum.
Aku rasa mungkin kerana aku kerap sangat belek henpon, anak pun dah mula tunjuk perangai yang sama. Pantang nampak henpon, pasti nak dipegangnya. Tambah-tambah pulak sekarang ni dia minat video klips lagu kanak-kanak kat youtube, kadang-kadang jenuh layan. Jadi, aku dah ambil keputusan muktamad. Sempena usianya cukup setahun harini, aku akan berikan Aigopad M60 untuknya. Sekurang-kurangnya dia tak lempar henpon aku dan wife sampai pecah, hehehehe. Dalam Aipod M60 tu pun aku dah pre-load dengan lagu-lagu youtube favourite dia (download siap untuk offline view), i-Quran dan dalam proses nak cari 2-3 apps yang sesuai untuk pendidikan kanak-kanak. Rezeki budak-budak zaman sekarang, zaman aku dulu jangan harap. Henpon pertama dulu pun mengharap ihsan loan KPM.
Apa-apa pun, harapan aku dan isteri, semoga kami dapat membimbing anak kami, Muhammad Qayyum dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang cukup. Semoga menjadi anak yang soleh dan berilmu.
bg anak main hot wheel ka bro..wekeke…slamat ulang tahun pertama Muhammad Qayyum..
happy birthday Qayyum!
Mohd Luthfi recently posted..Happy April!