1 Malaysia Menjana Transformasi

Kedengaran klise dan terlalu komersial temanya untuk sambutan kemerdekaan yang ke-53. Namun apa gunanya jika masih ada di antara kita yang masih bercakaran sesama sendiri?

Aku tak akan sentuh tentang bangsa lain. Aku sentuh bangsaku sendiri; Melayu. Melayu yang mendapat terma paling istimewa dalam perlembagaan negara yang menyatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Tetapi, setelah 53 tahun, Melayu itu masih dengki-mendengki, benci-membenci, bunuh-membunuh, maki-memaki dan serba-serbinya mazmumah hanya atas satu perbezaan – politik.

Bangsaku yang pada ketikanya berpuak kepada 3, kini telah menjadi puak yang 5, atau lebih barangkali. Tak perlu aku sebut apa puaknya, apa namanya dan apa ideologinya. Itu belum kira puak yang hanya di atas pagar dan hanya menjadi parasit-parasit bercakap pandai yang hanya akan menghisap sebanyak mana mungkin darah hasil percakaran 5 atau lebih puak-puak tadi.

Jadi, bangsaku, sejauh mana kita merdeka? Adakah merdeka hanya ada pada nama? Adakah merdeka hanya ada perarakan di Televisyen yang seperti biasanya kita lihat pada setiap cuti umum setiap tahun?

Persoalannya bangsaku,

Adakah kita semua telah merdeka???

facebook comments:

2 thoughts on “1 Malaysia Menjana Transformasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge