1 Hari 1 Penyakit

Gua taktau apa motif gua letak gambar ni. Dah lama gua snap sebenarnya, tapi taktau nak cerita apa. Kesimpulan gua, samada ia adalah kebetulan semata-mata, ataupun pakcik owner rumah tu memang true Loudness fan.

Berbalik kepada topik. Gua sedang mengalami satu penyakit yang amat kronik. Bukan gua menagih simpati, tapi saja nak cerita.

Gua sakit sejak malam Ahad. Bertambah teruk pada malam Isnin yang melayakkan gua memenangi tiket loteri bernama MC. Ok la tu. Pastu gua pegi keja hari Selasa. Memang tak sedap badan dan tak selesa langsung, yang sekali lagi melayakkan gua mendapat Sijil Simpanan Premium MC pada hari ni (Rabu).

Gua tulis ni ala-ala live blogging (memang pun). Jadi, gua pun dah lupa ni entry ke berapa 1 entry 1 hari 1 Malaysia (nanti online edit balik)

Gua update status gua kat fesbuk pun orang gelak-gelak. Tapi gua tak kisah, kena kat korang nanti, gua gelak la balik, bukan susah pun.

Bos gua pun tak percaya gua MC selang sehari, tapi nak buat macam mana, bukan gua mintak penyakit ni datang. Klinik yang gua pergi tadi pun dah bagi warning. Bukan pasal MC, tapi bomoh klinik tu cakap, kalau esok petang gua tak ok jugak, dia nak refer gua masuk hospital.

Gila ke hapa masuk hospital!!! Tapi gua agak suka sebab boleh makan free dan tengok Wonderpets.

Tapi masalah jugak. Kalau gua masuk hospital, macam mana gua nak sahut cabaran 30 hari 30 entry ni? Takpe, gua dah ada penyelesaian:

1. Review makanan hospital
2. Cerita hantu Jepun berkawad dalam wad
3. Takpun, cerita pasal misi-misi dalam wad (dont break my heart. I yew yew – Your mother said, she loves you) – sekadar selingan iklan rokok.

Lepas tu pulak…

Alamak, sambung cerita lain kali. Susah betul tengah stim-stim nak cerita, dia buat hal pulak.

(Terus membebel sambil masuk jamban kali yang ke-9 hari ni)

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #10/30
————————————————

facebook comments:

7 thoughts on “1 Hari 1 Penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge